Januari 28, 2008

Imam Abul A’la Al Maududi

IImam Abull A’’lla All Maududii


• Muqaddimah:-
• Beliau berpengaruh dlm linkungan Jama’ati islami anak benua India dan
juga pergerakan islam moden di seluruh dunia.
• Buku ini mengupas aspek2 kebesaran dan keunikan keperibadiannya yg
membuat dirinya menempati kedudukan yg tinggi.
• Keistimewaan beliau:-
– cerdas sejak dari kecil
– mempunyai keperibadian dgn pelbagai bakat
– pemahamannya yg mendalam ttg islam dan mempunyai interaksi dgn
pergerakan secara sempurna
– berani dan kuat dlm menghadapi kesulitan
– teliti dlm memberi pandangan dlm hal-hal yg baru dari perspektif konsep
islam yg shahih
Geniius sejjak keciill
• Al Maudidi semasa remaja mampu melakukan pekerjaan2 yg tidak mampu
dilakukan oleh org2 seusianya. Dgn perjalanan waktu dan pertambahan
usia semakin besar pekerjaan pemuda ini dan semakin nyata kelebihannya.
• Perubahan itu menonjol dlm 2 keadaan; sebelum & sesudah berubah…..spt
sabda nabi:-
• “Orang terbaik di antara kalian pada masa Jahiliyyah menjadi org terbaik
dlm islam bilamana mereka bertafaqquh”
• Di sekolah , Al maudidi begitu menonjol, ia duduk di grade 8 padahal
usianya baru sebelas tahun. Pada usia ini beliau telah menulis artikel dan
menyampaikan ceramah, sehingga guru2 & temannya berasa kagum.
• Pada usia 15 tahun, ia bekerja sbg editor pd akhbar harian yg terbit di kota
kecil, Pajnoor. Selepas itu berpindah utk bekerja di lembaga bantuan dan
penyelamatan umat islam setelah akhbar harian ini dilarang penerbitan.
• Pada usia 16 tahun ia bergabung dalam pergerakan untuk menghidupkan
sistem khilafah, kemudian bekerja dengan keluarga redaktor majalah
mingguan At-Taj yang terbit di Jabalpoor.
• Pada usia 19 tahun, ia menjadi pemimpin redaksi dalam harian At-Taj yang
sebelumnya merupakan majalah mingguan itu. Artikel-artikel yang ia tulis pada
waktu tersebut mempunyai corak warna politik yang kental, di mana ia begitu
gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem kkilafah.
• Kali ini artikel-artikel yang ia tulis juga menjadi penyebab akhbar harian ini
ditutup dan pimpinan redaksinya diajukan ke meja hijau. Tidak lama kemudian
ia berpindah ke Delhi untuk bergabung bersama ketua Himpunan Ulama' India
dalam penerbitan akhbar harian Al Muslim, dan ia pun dipilih menjadi ketua
redaksinya.
• Setelah akhbar harian Al-Muslim dilarang penerbitannya, lalu ia bekerja
bersama Syeikh Ahmad Sa'id di Delhi dalam penerbitan akhbar harian dengan
nama jam 'iyyah Ulama' Al-Hind.
• Al-Maududi tetap memikul tugas penerbitan harian ini seorang diri sejak awal
penerbitannya pada tahun 1343 hingga 1347 Hijrah.
• Demikian Al-Maududi keluar untuk hidup sejak usia remaja sebab ayahnya
menderita sakit sejak ia masih kecil dan keadaan ini memaksanya bekerja
mencari penghidupan.
• Al-Maududi melukiskan masa ini dengan mengatakan: "Hari-hari berlalu
dengan perlahan, dengan membawa secerah cahaya lilin harapan, melangkah
setapak demi setapak. Mulailah realiti kehidupan yang pahit membuka
selubung kepahitannya.
• Pengalaman satu tahun setengah memberikan pelajaran berharga bahawa
ridak ada jalan bagi manusia selain bekerja keras, berjuang demi sesuap nasi.
Allah telah mengurniakan kepandaian menulis kepadaku yang didapati melalui
bacaan dan tela'ah.
• Dan sini aku memutuskan untuk menjadikan pena sebagai alat mencari rezeki.
• Bekerja mencari rezeki bukanlah tujuan utama. Sebab ia berjuang, menulis,
menyampaikan ceramah, dan membela hak-hak umatnya serta mengarang
buku yang semua itu ia lakukan puda saat usianya belum mencapai 20 tahun.
• Manusia secara alamiyyah menerima hal-hal yang berlaku di dalam
lingkungan masyarakatnya berupa adat-istiadat, pemikiran dan tokoh-tokoh
yang ada. jika secara kebetulan terdapat seorang remaja yang mempunyai
nada suara yang memukaukan, mempuinyai fikiran yang cerdas, pendapat
yang genius, dan lebih maju daripada usianya, maka orang tidak mudah
menerimanya dan akan mengatakan kepadanya: "ini bukan tempatmu
melainkan tempat orang yang lebih tua daripada kamu.”
• Ungkapan ini pernah juga diucapkan oleh Umar bin 'Abdul Aziz, khalifah yang
terkenal dengan keadilannya, kepada salah seorang yang muncul mewakili
kaumnya untuk berbicara, lalu Amirul Mu'minin Umar bin 'Abdul Aziz berkata
kepadanya: "Biarlah orang yang lebih tua daripada kamu berbicara, hai anak
muda!" Lalu pemuda itupun menjawab: "]ika masalahnya adalah usia, tentu
ada orang yang lebih berhak daripada engkau, wahai Amirul Mu'minin!"
• Demikian pula pandangan orang terhadap remaja Al-Maududi yang telah
memimpin atau ikut menangani penerbitan lima jenis kewartawanan politik
Islam pada waktu yang paling muda dalam sejarah India padahal usianya baru
20 tahun.
• Jika pemimpin yang memegang urusan kepimpinan setelah berusia 40 tahun,
maka kepimpinannya itu akan mengangkat pengalaman-pengalaman yang
telah ia lalui dalam hidupnya. Jika kehidupannya kosong dari pengalamanpengalaman
yang bermakna, maka dari manakah ia mendapatkan modal
kepimpinannya itu?
• Bagaimana pula ia akan dapat memimpin orang lain? Jika dikaji, perjalanan
hidup para tokoh Muslim pada periode-periode awal dan juga periode
muta'khir, maka akan ditemui bahawa para tokoh yang mengubah perjalanan
sejarah dan memimpin umat, mereka itu mempunyai keistimewaan, wawasan,
dan perilaku serta kecerdasan yang menjadi penunjang kepimpinan mereka
atas orang lain tanpa harus disertai dengan harapan untuk menduduki posisi
ini.
Keperiibadiian Dengan Pellbagaii Bakatt
• Sering ditemui seseorang yang dalam kehidupannya memiliki bidang keahlian
tertentu; di dalam bidang matematik atau kimia atau fizik, atau ia seorang
pengacara yang ahli dalam bidang hukum, atau seorang tentera yang berani,
yang tidak gentar menghadapi kematian di dalam medan pertempuran, atau
seorang penceramah yang dapat memukau para pendengarnya, atau seorang
penulis yang dapat mengungkapkan pemikiran dengan bahasa yang
menawan secara jelas.
• Maka ketika mereka hendak diberi gelaran, bidang yang ia kuasai itulah yang
melekat pada dirinya. Ini suatu keadaaan, sedangkan kepimpinan yang
diangkat oleh umatnya adalah seorang manusia yang mempunyai pelbagai
bakat, yang mampu memahami realiti hidup dalam berbagai aspeknya dan
kepimpinan memerlukan itu semua.
• Banyak kegagalan datang dari para tokoh yang muncul dan maju ke hadapan
untuk melaksanakan tugas kepimpinan akan tetapi berwawasan terbatas; jika
ditanya tentang fiqh ia dapat menjawab tetapi jika ditanya tentang politik dan
ekonomi, ia menjawab tidak tahu sedikitpun berkenaan masalah ini!
• Barangkali muncul pertanyaan: Akan tetapi zaman ini adalah era
pengkhususan dan era serba kepakaran. Tentu, akan tetapi bagaimana
seorang pemimpin itu dapat memahami saranan para penasihatnya bila ia
tidak mempunyai wawasan sama sekali tentang bidang ini dan itu.
• Jika kita duduk bersama Necmettin Erbakan, pengasas parti berhaluan Islam,
Salamat Milli di Turki, kemudian diajak berbicara tentang teknologi, maka
dialah pakarnya. Jika ditanya tentang politik, ia menguasai sedemikian rupa,
atau tentang ekonomi, ia memahami dengan begitu meyakinkan, dan atau
tentang masalah sosial, ia adalah seorang pengamati sosial yang begitu
prihatin dan tajam.
• Pengetahuan dan wawasan adalah satu hal, sedangkan pengalaman adalah
satu hal yang lain. Maka tidak tepat jika pemimpin melakukan semua bidang
profesional, melainkan cukup denyan mengenali aspek-aspeknya.
• Begitu pula halnya dengan Al-Maududi, ia adalah seorang penulis yang
sangat produktif dan tajam pengungkapan kata-katanya serta padat isinya,
hingga banyak ungkapan kata-katanya menjadi kata mutiara yang sentiasa
berpindah dari seorang kepada seorang lain yang menyertai perjalanan masa.
• Perhatikan ungkapan berikut ketika ia memberi komentar tentang
pengumuman pemerintah menerapkan syari'ah Islam: "Ini adalah hujan ajaib
yang diturunkan dari langit dan sebelum turun tidak tampak ada mendung dan
setelah turun bumi tidak menumbuhkan apapun."
• Kekuatan pengungkapan bahasa yang ia gunakan mempunyai nilai yang
besar pada karya-karyanya itu melalui terjemahan buku-buku yang ia tulis
sebab terjemahan adalah gaya penterjemahnya. Akan tetapi pengamati yang
tajam menegaskan bahawa Al-Maududi adalah seorang sasterawan yang
mantap dan mampu mengolah bahasa dengan cara yang sangat
mengkagumkan.
• Al-Maududi telah memberi pengaruh yang besar terhadap berbagai kalangan
umat dan karya-karyanya tersebar luas di Pakistan dan negeri-negeri Muslim.
Diyakini karya para penulis Muslim lainnya tidak tersebar luas seperti karyakarya
Al-Maududi
• Dalam karya-karyanya itu, pemilihan kata-katanya adalah begitu baik dengan
maknanya yang mendalam. Pandangannya dalam sastera lebih tertumpu
pada makna dan gagasan daripada ungkapan dan penggunaan kata-kata
• AI-Maududi adalah salah seorang pemikir Muslim moden jika diungkapkan
dengan kata-kata pendek, kiranya tidak berlebihan bahawa ia adalah pemikir
pergerakan Islam moden. Para tokoh pemikiran yang ada di dunia Islam
banyak mengambil pemikiran-pemikirannya dan mereka rnengakui hal itu.
Yang mengetahui orang besar hanyalah orang besar.
• Al-Maududi ditahirkan pada 3hb. Rejab 1321 Hijrah (1903 Masehi). Ketika
telah terbuka wawasannya, ia mulai terlibat dalam kegiatan penyedaran akan
hak-hak umat Islam, sebab keadaan umat ketika itu berada pada puncak
keterbelakangan dan kesengsaraan.
• Negara Turki Usmani yang mewakili kepimpinan kaum Muslimin di seluruh
dunia relah berubah setelah kejatuhan Sultan 'Abdul Hamid pada tahun 1909,
di mana Sultan hanya sekadar pada gelaran tanpa makna.
• Bahkan gelaran tanpa erti ini dihapuskan sama sekali oleh Musthafa Kamal
Artartuk pada tahun 1924.
• Sedangkan India telah jatuh sama sekali ke tangan Britain; menghabisksn
kekayaan negeri itu dan memerangi kaum Muslimin serta orang-orang Hindu
dengan politik memecah-belah, menciptakan "boneka mainan" dari kalangan
Muslimin dengan memberi pakaian dan hiasan Islam untuk memasarkan
pemikiran-pemikirannya yang merosakkan Islam dan kaum Muslimin, aliran Sir
Ahmad Khan, Qadainiyyah, Parti Kongres dan terakhir Parti Liga Islam
(Muslim League).
• Pada masa itu ramai di kalangan ulama' Muslimin berada dalam tingkat
kebodohan, rendah diri, dan keterasingan yang parah, kerana mereka tidak
memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat dan penemuan-penemuan
baru, maka mereka tidak mampu memberi pemecahan terhadap
permasalahan dalam banyak hal yang mulai dihadapi oleh umat Islam,
menutup mata, dan tidak mahu tahu kemudian menolak mentah-mentah.
• Di sini penjajah menemui peluang keemasan, lalu memasarkan ucapan
sinisnya bahawa agama bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kemajuan
dan peradaban. Jika bangsa-bangsa Muslimin ingin meraih kemajuan maka
tidak ada jalan lain selain menempuh jalan yang dilalui oleh Barat, iaitu
mencampakkan agama dan mengangkat sekularisme: "Agama untuk
Tuhan dan negara untuk semua”
• Banyak kaum terpelajar yang tergiur dengan ajakan penjajah ini, lalu
memandang Islam dengan pandangan sempit, jumud dan tidak relevan
dengan realiti kehidupan, bahkan sebahagian mereka menganggap bahawa
agama adalah penyebab utama kepada kemunduran.
• Pada waktu yang mengelirukan dalam kehidupan umat ini, wawasan AIMaududi
terbuka. la menuntut ilmu dengan modal dasar pendidikan yang
diperolehi dari orang tuanya di rumah. terutama ilmu-ilmu Islam dan sejarah
Islam agar anaknya kelak menjadi seorang ulama' yang mampu
menyambungkan masa lalu dengan masa kini,
• Sebab Al-Maududi lahir dari keluarga terpelajar dan terhormat. Ia
menemukan kebesaran risalah Islam, dan hanya Islam yang memiliki ajaran
sempurna yang dapat membahagiakan manusia dalam menghadapi
kehidupan.
• Sedangkan ilmu dan teknologi yang telah dapat diraih secara gemilang oleh
Barat hanyalah ilmu-ilmu alat yang tidak dapat memahami tujuan hidup
manusia dan realiti hakikinya; sehingga ia justeru memberi peluang bagi
manusia untuk terperangkap pada peperangan setiap kali dihadapkan pada
permasalahan manusia atau peradabannya. AI-Maududi ingin mcnjelaskan ini
pada umatnya dan mengajak orang-orang yang tergiur di antara kaum
muslimin untuk kembali kepada Islam.
• Al-Maududi memerangi fahaman nasionalisme dj India, sebab fahaman ini
telah tersebar di kalangan kaum Muslimin yang menyerukan untuk bergabung
dengan warga Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu perjuangan untuk
mengusir penjajah dari bumi India.
• Al-Maududi menjelaskan bahaya fahaman ini sebab orang-orang Hindu dan
Britain menurutnya sama sahaja. Kedua-duanya memerangi Islam dan bekerja
untuk menghancurkan kaum Muslimin. la juga menjelaskan bahawa slogan
mereka yang mengatakan bahawa bangsa berdiri di atas asas kesamaan
tanah air, hanyalah salah satu cara untuk menundukkan umat Islam agar
dapat jatuh di bawah kaki penganut Hindu
• Dalam mengemukakan paradigmanya ini Al-Maududi menunjukkan prinsipprinsip
Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan ini.
Sedangkan konsep "ummah lslamiyyah" berdiri hanya di atas asas aqidah
Islam.
• Al-Maududi membuka selubung kepalsuan peradaban Barat dan kelemahan
ideologinya serta membicarakan teori Darwin yang memperlecehkan manusia
iaitu bahawa manusia berasal dari kera dan penerusan hidup hanyalah bagi
yang lebih kuat. Darwin berpendapat bahawa secara alamiyyah yang berhak
hidup adalah yang dapat menunjukkan kekuatan penerusan hidupnya.
• Dalam sistem kejam ini yang lemah akan binasa kerana ia lemah bahkan ia
harus musnah, bahawa yang bertahan hidup, akan hidup kerana ia kuat, oleh
kerana itu ia harus tetap hidup.
• Di sini timbul pertanyaan: Apa yang akan terjadi bilamana konsep tentang
manusia atau alam seperti ini melekat pada akal fikiran manusia dan manusia
memandang pada peraturan tabiat dengan kacamata Darwin. Bagaimana
sikap manusia terhadap manusia? Adakah cinta kasih dalam kehidupan yang
dibawa oleh falsafah aneh ini? Bagaimanakah dengan keadilan, amanah, rasa
beragama, kejujuran dan keikhlasan dalam hidup seperti ini?
• AI-Maududi berbicara tentang pentafsiran materialistik berkenaan sejarah
dengan mengatakan bahawa Hegel mengetengahkan dunia sebagai medan
pertikaian sedangkan Darwin mengetengahkan alam ini dan naluri dasarnya
mengharuskan untuk memerangi sesamanya untuk mencapai tujuan.
• Maka manusia terbahagi menjadi berbagai kelas sesuai dengan keegoannya
dan hasrat peribadinya. Kemudian muncul pertikaian dan persaingan di antara
kelas-kelas masyarakat ini kerana alasan kepentingan peribadi dan
keegoannya.
• Kemajuan sejarah umat manusia mencapai kesempurnaan melalui pertikaian
kelas ini yang bersumber dari keegoan dan untuk mencapai kepentingan
peribadi serta konflik antara bangsa-bangsa adalah merupakan konflik antara
individu- individu dalam bangsa itu sendiri.
• Sesuai dengan konsep dasar ini dapat dilihat bahawa hubungan antara
manusia - jika di sana ada hubungan - hanyalah berdasarkan pada asas
manfaat belaka (pragmatisme).
• Manfaat inilah satu-satunya ikatan yang menghubungkan mereka untuk
melawan kelompok atau individu yang menentang kepentingan masingmasing,
baik mereka itu sebahagian dari bangsanya sendiri dan penganut
agama yang sama mahupun bukan. Jadi pertikaian seperti ini dipandang
sebagai fenomena yang dibenarkan, bahkan tidak melakukan prinsip ini
dipandang sebagai menyalahi tabiat dasar.
• Para penganut Marxisme memandang bahawa segala bentuk agama, atau
moraliti, atau undang-undang yang ada pada periode sejarah tertentu
hanyalah untuk menyelaraskan langkah dengan sistem ekonomi masaitu.
• Mereka juga memandang bahawa prinsip-prinsip dan undang-undang, serta
moraliti ini dibuat untuk melindungi sistem ekonomi masa itu.
• Oleh sebab itu, matlamatnya sdalah keharusan untuk mengubah agama,
hukum, tatacara kehidupan dan keperluan kehidupan serta pemungutan
hasilnya demi keperluan hidup manusia. Siapakah yang dapat membuktikan
bahawa orang yang mempercayai teori Marxisme ini percaya dengan suatu
ajaran agamanya, atau peraturan moral yang telah sampai kepada kaca sejak
berabad-abad.
• AI-Maududi memerangi kelompok pengagum peradaban Barat. Ia
mencurahkan perhatian besar pada pembahasan mengenai nilai-nilai
peradaban Barat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, lalu menjelaskan
bagaimana keunggulan Islam dari berbagai sudutnya agar dapat
mengembalikan kepercayaan diri kaum Muslimin pada agama mereka secara
mempunyai rasa bangga pada identiti yang mereka miliki serta dapat
mengambil manfaat dari segi positif peradaban Barat dan membuang yang
negatif.
• Al-Maududi memerangi kejumudan yang ada pada sebahagian ulama' dan
sikap ekstrim Serta berlebihan pada sebahagian lainnya.
• AI-Maududi seorang penda'i yang menekuni dakwah secara awal
kehidupannya melalui tulisan dan lisan untok membuka kebatilan,
menjelaskan aspek-aspek Islam sebagai satu sistem hidup yang utuh kepada
khalayak agar rerbuka wawasan mereka
• Sehingga diharapkan akan menjauhi fahaman nasionalisme sempit yang
semakin dipropagandakan, kemudian mendekati ajaran dan identiti islam
• Dan pada akhirnya, AI-Maududi telah mendirikan Jama'ati islami sebagai satu
organisasi Islam di mana ia menjadi ketuanya. Dia mengalami apa yang juga
dialami para da'i lainnya dalam melaksanakan misinya; penjara, pengusiran,
tekanan penguasa, fitnah dan persekongkoIan dari musuh-musuh Islam, serta
tuduhan keji dari kalangan kaum Muslimin yang tidak memahami misinya.
Dakwah Dii IIndiia
• Lingkungan, keadaan sosial politik, dan latar belakang budaya yang ada
memberi pengaruh secara langsung terhadap metode dakwah dan
strateginya. Cara berdakwah Rasulullah di Mekah berbeza dengan cara yang
dilalui di Madinah. Sepak terajang para da'i di satu tempat berbeza pula di
tempat lain. Begitu pula masalah dakwah menuntut adanya cara yang sesuai
dengan petunjuk Nabi.
• India adalah sebuah negara besar yang berpenduduk ratusan jiwa. Pada
suatu masa sejarahnya pernah menjadi kerajaan Islam dan berada di bawah
undang-undang Islam. Ketika Britain menjajah India, salah satu daripada
tujuannya adalah untuk memperlemahkan umat Islam dan memperkuatkan
golongan Hindu melalui proses pembauran nasional dengan mencampakkan
identiti Islam.
• Dalam usaha mengusir penjajah Britain, kaum Muslimin dan Hindu bersatu
bahu-membahu dalam ikatan kebangsaan menentang penjajah. Lalu
muncullah parti Kongres Nasional yang membawa ikatan kebangsaan
menentang penjajah dan yang membawa bendera Nasionalisme ini. Penjajah
turut menyedari bahawa suatu saat pasti akan keluar dari negeri jajahannya
• Dari sini para pemimpin penjajah dan pemikirnya mencari jalan terbaik dan
cara yang tepat agar di masa mendatang negeri jajahan ini tetap berada di
bawah pengaruhnya.
• Halangan dan tentangan terbesar bagi penjajah di India dan di negeri-negeri
Muslim lainnya adalah Islam. Sebab agama Hindu adalah fahaman animisme
yang tidak mampu di samping tidak mempunyai landasan pokok yang dapat
menghadapi gelombang pemikiran dan peradaban Barat moden. Sedangkan
Islam adalah agama yang menjadi permasalahan bagi penjajah kerana bukan
hanya kekuatan dan kejayaannya melainkan juga mempunyai kelebihan yang
mengungguli fahaman-fahaman moden apapun yang pada gilirannya Islam
menjadi peradaban alternatif bagi semua bentuk kepalsuan peradaban
moden.
• Karya politik penjajah Britain yang pertama diciptakan di India adalah Parti
Kongres yang mulai menyeru umat Islam dan Hindu serta golongan lainnya
untuk menyatukan visi politik. dengan mengangkat Nasionalisme India
sebagai dasar pandangan bagi bangsa India secara keseluruhan.
• Al-Maududi menyedari ideologi ini hanya memberi keuntungan bagi golongan
Hindu sahaja dan akan menjadikan - pada saat berhasil kelak -kaum Muslimin
sebagai golongan kelas dua di bawah pemerintahan ini.
• Maka perhimpunan-perhimpunan kaum Muslimin bangkit untuk menjelaskan
bahawa fahaman nasionalisme yang diserukan oleh Parti Kongres India
dengan menegaskan bahawa jika bangsa-bangsa kafir membangunkan
keberadaan dan identitinya pada asas bumi pertiwi, maka keberadaan umat
Islam sebagai kelompok masyarakat diwakili dengan aqidahnya sebagai-mana
yang dikemukakan oleh Iqbal dalam bait-bait puisinya:
– Ikatlah jiwamu dengan Muhammad, AI-Musthafa
– Itulah keteladanan isi agama. Jika jiwamu tidak
– sampai ke sana;
– maka Anda dan Abu Lahab sama!
• Ini pernyataan Iqbal, secara tegas menyerang setiap orang yang menyeru
kepada fahaman yang berdiri di atas asas persamaan wilayah negeri, Iqbal
sebaliknya mengajak kaum Muslimin untuk menjadikan Islam sebagai sumber
kebangsaan bagi mereka. Di samping itu ia juga memandang bahawa Parti
Konsres India (All Indian Congress Party) sebagai organisasi Hindu yang
merugikan dan menghancurkan kaum Muslimin. Sikap Iqbal ini menimbulkan
kecaman pedas terhadap dirinya dan para anggota parti .
• Cercaan dan kecaman terhadap Al-Maududi jauh lebih pedas daripada yang
dialami oleh yang lain. Namun ia tetap dengan pendiriannya, berpegang pada
nash Al-Qur'an dan As-Sunnah untuk menolak tuduhan mereka, bahkan Al-
Maududi memandang; kafir dan sesat terhadap setiap bentuk penyelewengan
dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
• Namun, hasilnya positif. Orang-orang Muslim yang sebelumnya masuk ke
dalam Parti Kongres India, ramai yang keluar, sementara itu ulama' yang
mengibarkan bendera islam bertambah ramai dan menyeru bagi umat Islam
melalui Parti Liga Muslim (Muslim League Party).
• Kaum muslimin pada umumnya mulai mendukung secara politik pada Parti
Liga Muslim, bersama anggota-anggota jama'ati Islami. Akan tetapi terjadi
sebuah peristiwa di Madras yang membuat mereka meninjau kembali gerakan
seperti ini yang hanya bergantung kepada sentimen keduniawian.
• Sebab di Madras, setelah setahun didirikan Jama'ati Islami. Imam Al-Maududi
mengajak teman-temannya untuk mengadakan pertemuan umum untuk
menilai kebijakan-kebijakan dan hasil yang telah dicapai dalam setahun.
• Pada saat itulah peristiwa ini terjadi. Sekelompok orang dari parti Lisa Muslim
dengan membawa bendera parti mulai meneriakkan slogan dan cacian seraya
melakukan kerosakan serta rompakan terhadap gedung-gedung.
• Al-Maududi sebagai Amir jama'ah meminta agar tidak melawan mereka dan
polis juga diminta agar tidak mengambil tindakan keras terhadap mereka.
• Peristiwa ini berhenti berkat usaha bijak Al-Maududi. Akan tetapi ia merasa
sangat sedih sebab mereka mengibarkan bendera perjuangan Islam melawan
penjajah Britain dan golongan Hindu. Mereka menuntut berdirinya Pakistan
sebagai negara tersendiri untuk kaum Muslimin.
• Apakah mereka dan orang-orang sejenis mereka akan dapat dipercayai untuk
memikul amal Islami dan sistem Islam? Hanya mengharapkan semangat
tidaklah cukup.
• Boleh jadi sekali waktu bermanfaat akan tetapi dapat menyesatkan berkalikali.
Yang dapat menyelamatkan hanyalah akhlak rabbaniyah dan pembinaan
kesedaran yang dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab.
• Peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam dan mengingatkan akan
gagasan yang diseru oleh pergerakan Islam, iaitu perlunya memberi
perhatian kepada perbaikan akhlak bagi kaum Muslimin, bukan hanya sebagai
pengetahuan melainkan dalam mempraktikkan di mana muncul generasi yang
kuat dan bertanggungjawab yang dapat mengarahkan masyarakat Islam ke
arah jalan yang benar.
Anttara Dua Masa
• Tekanan penjajah Britain dan golongan Hindu terhadap umat Islam semakin
meningkat dan pembunuhan terhadap mereka semakin banyak.Kaum
Muslimin meningkatkan perjuangan untuk mendirikan negara terpisah bagi
mereka.
• Pembahagian wilayah pun terjadi dan parti Liga Muslim mengeluarkan
perintah kepada umat Islam untuk berhijrah ke negeri baru. Kiranya tidak
cukup di sini Untuk membahas keputusan pemisahan diri secara mendalam,
apakah keputusan ini tepat atau tidak, ataukah memang mendapat angin dari
penjajah Britain.
• Yang jelas orang-orang Muslim berbondong-bondong dari seluruh penjuru
negeri India dengan membawa barang-barang berharga di atas binatang atau
di atas bahu mereka menuju ke "tanah impian." Kaum Muslimin pada asasnya
bersedia untuk berkorban dan memberi persembahan yang berharga berupa
kepentingan peribadi.
• Hanya pimpinan yang dapat memanfaatkan semangat ini untuk mewujudkan
hasil yang diidamkan atau justeru menyalahgunakan untuk kepentingan
kekuasaan.
• Sementara keadaan orang-orang Muslim ibarat pasukan tentera yang hancur
dan bercerai-bcrai dari barisan, bertilamkan tanah dan berselimutkan langit
yang tidak dapat dibayangkan keadaannya,dan diintai oleh kematian dari
segala arah yang dilakukan oleh golongan Hindu dan Sikh.
• Sebahagian kaum Muslimin berpendapat bahawa golongan Muslim di India
tidak akan wujud sama sekali disebabkan pembunuhan terhadap mereka yang
terjadi di mana-mana.
• Imam Al-Maududi melihat perkembangan yang menyedihkan ini dcngan mata
kepalanya sendiri dan cuba berusaha seberapa yang boleh bersama sahabatsahabat
dari anggota Jama'ati Islami untuk meringankan beban para muhajirin
yang terlantar itu, lalu mereka pun mendirikan tcmpat-tempat perkhemahan
dan mengawasinya secara langsung.
• Ketika itu beberapa orang dari pada sahabatnya menyeru kepada orang
ramai, hingga pasukan tentera datang lalu mengendalikan situasi dan
mengawasi perkhemahan tersebut.
Dakwah Dii Pakiisttan
• Pada 28hb. Ogos 1948, berdirilah sebuah negara Pakistan, kaum Muslimin
pun bernafas lega dan merasa bahawa impian mereka telah menjadi
kenyataan secara serentak.
• Di sini mereka akan mendirikan model Islam yang diimpikan oleh Iqbal yang
dikatakan oleh Al-Maududi: "Seandainya terdapat sebidang tanah yang
luasnya satu mil persegi yang di dalamnya berlaku hukum Allah bagi manusia,
maka satu genggaman debu tanah ini bagiku lebih mahal daripada seluruh
bumi India."
• Jika bangsa-bangsa dunia seluruhnya bergembira dengan kemerdekaan
negeri Pakistan, maka kegembiraan kaum Muslimin lebih besar sebab negara
Islam bererti keadilan dan kebenaran, kebebasan dan kehormatan untuk
semua manusia.
• Bagi seseorang Muslim, mendirikan negara Islam merupakan ibadah,
memeliharanya termasuk amal kebajikan, dan keluar dari negara Islam adalah
kesesatan. Negara Islam Pakistan tidak hanya bererti bagi penduduknya
sahaja, melainkan setiap muslim di seluruh dunia merasa bahawa negara baru
ini mempunyai hak di atas hahunya, iaitu ia sedia memberikan haknya itu
bilamana diminta.
• Negara Islam adalah negara ideologi dan mengandungi isi lebih daripada
sekadar formaliti dan bentuk luaran. Maka bagi Al-Maududi dan sahabatsahabat
seperjuangannya kini merasa senang hidup di bawah negara mereka
yang mempunyai sistem sendiri dan menyusun hukum dan undang-undang
Islam yang merupakan kandungan hakiki dari negara Islam.
• AI-Maududi mcnegaskan hak ini dalam pidatonya yang ia sampaikan dalam
sebuah perhimpunan umum di Karachi pada Mac 1948. Ia menyebutkan
bahawa:
– 1. Pakistan adalah miiik Allah dan pemerintah Pakistan harus
menggunakan sistem negara dengan yang diredhai oleh Allah.
– 2. Pelaksanaan undang-undang yang bertentangan dengan syari'at masih
berjalan di negeri ini. Oleh sebab itu pelaksanaan ini harus segera
dihentikan dan tidak dibenarkan membuat undang-undang terpisah yang
bertentangan dengan syari'at Islam.
– 3. Pemerintah Pakistan harus membuat batas kekuasaannya sesuai
dengan batasan-batasan syari'at.
• Akan tetapi, kekuasaan eksekutif di negeri baru ini tidak bekerjasama dan
mengkhianati kaum Muslimin; tidak menjadikan perundangan Islam sebagai
peraturan bagi kehidupan, melainkan justeru Parti Liga Muslim berbalik ke
arah sekular dengan mengambil undang-undang dan hukum positif buatan
manusia.
• Pakistan diletakkan dengan Islam hanya sekadar nama sahaja, bukan isinya.
Parti yang berkuasa ini pun lalu mulai menyerang kelompok Islamik dengan
sengit.
• Maka dengan sendirinya Parti ini tidak dapat memaafkan Al-Maududi atas
deklarasi yang ia keluarkan tentang program lengkap untuk Islamisasi
Pakistan. Tuduhan palsu pun lalu diarahkan terhadap dirinya bahawa Al-
Maududi mengeluarkan fatwa yang melarang berjihad di Kasymir (wilayah
Muslim yang masih dikuasai India) lalu dimasukkan ke dalam penjara bersama
sejumlah sahabat-sahabatnya pada 4hb. Oktober 1948.
• Para Muslimin yang menunjukkan secara terus-menerus bahawa ia ingin
menegakkan hukum Allah di muka bumi tanpa memperolehi keuntungan atau
kedudukan bagi dirinya, biasanya akan menemui tentangan-tentangan. Sebab
penguasa tidak menginginkan keberadaannya, memandang mereka itu
sebagai ancaman terhadap kerusi dan kedudukannya.
• Apapun yang dilakukan oleh para Muslimin ini yang berupa kebaikan dan
sikap zuhud, pihak penguasa akan menafsirkannya sebagai politik untuk
memperdayai.
• Jamaati islami di Pakistan, Jama'ah Islam di Mesir, dan gerakan islam di
Sudan telah mengalami nasib yang sama; pembatasan gerakan, penjara. atnu
pengusiran.
• Sekarang masalahnya tejah menjadi jelas, Pakistan telah memisahkan diri
atas nama Islam dari India. Umat Islam yang masih berada di India menjadi
warga asing di negeri sendiri setelah adanya pergolakan gerakan
kemerdekaan yang meng-\hancurkan ini yang menelan korban ratasan ribu
kaum Muslimin.
• Begitu juga umat Islam di Pakistan sendiri menjadi asing bahkan lebih asing.
Al-Maududi telah berada dalam sel tahanan selama 6 bulan tetapi ia belum
dikeluarkan hingga keluar keputusan dari mahkamah agung bahawa masa
penahanan tidak boleh lebih dari lapan belas bulan. Pada 28hb. Mei 1950 Al-
Maududi baru dikeluarkan setelah 20 bulan ia menghabiskan waktu dalam sel
tahanan.
Dii Penjjara Sekallii Lagii
• Pemerintah meneruskan tindakannya, akan terapi penjara tidak membuatkan
Al-Maududi putus asa dengan tekad dan dakwahnya. jama'ati Islami dari
waktu ke waktu menuntut penerapan sya’riat is-lam.
• Sementara rejim Ghulam Muhammad, salah seorang tokoh Pakistan yang
paling keras menentang trend Islam, memandang perlunya memukul Jama'ati
Islami dengan pukulan mematikan.
• Untuk itu ia memanfaatkan kesempatan atas tulisan Al-Maududi tentang
serangannya terhadap aliran Qadianiyah, lalu Ghulam Muhammad
menggerakkan kakitangannya unruk menciptakan kekacauan, kemudian
setelah itu mengumumkan keadaan darurat dengan tujuan dapat
memenjarakan Al-Maududi beserta sahabat-sahabatnya.
• Pada 28hb. Mac 1953 mereka dipenjarakan dengan alasan mengancam
keamanan nasional dan menimbulkan kerusuhan dalam negeri.
• Al-Maududi dijatuhi hukuman mati dan para anggota mahkamah tentera yang
mengeluarkan hukuman ini mengatakan kelak bahawa hukuman ini telah
diputuskan melalui tulisan yang sampai ke tangan mereka dari penguasa
tertinggi, sedangkan majlis hakim tenrera ini hanya tinggal membacakannya
sahaja.
• Massa memberikan reaksi simpati dan dukungan terhadap Al-Maududi
dan mengecam semua pihak yang bersekongkol untuk membunuh arau
mengasingkannya.
• Mereka keluar berdemonstrasi di dalam negeri Pakistan dan di luar negeri
menuntut pembebalaan Al-Maududi. Pemerintah terpaksa memenuhi
tunturan rakyat lalu pada mulanya membatalkan hukuman mati kemudian
diubah menjadi penjara seumur hidup.
• Kemudian rerpaksa membebaskanya pada tahun 1955 setelah tinggal dalam
penjara selama 25 bulan. AI-Maududi keluar penjara tanpa mengatakan
sepatah kata pun yang meminta belas kasihan dari penguasa zalim. Sebab
kebenaran telah menang.
All-Maududii Menghadapii Tentangan
• Rakyat seperti halnya dengan individu mengalami masa dinamik dan
perkembangan di samping mengaiami masa-masa kelesuan dan kehancuran.
Kaum Muslimin di berbagai wilayah atau negeri mengalami masa-masa
seperti ini.
• Di anak benua India ketika Britain menjajah dan menguasai potensi-potensi
yang dimiliki oleh negeri ini mereka rnenjatuhkan pemerintah Islam yang ada
sebagaimana yang dialami oleh kaum Muslimin di Baghdad pada masa
penyerbuan Bangsa Tartar Monggol.
• Keadaan hancur -lebur membuat manusia berubah menjadi hampir tidak
berdaya untuk membuat gerakan apapun yang bermanfaat.
• Jika Britain mulai menggerakkan orang-orang Hindu di India maka kaum
Muslimin menanti kehadiran pemimpin yang dapat menyelamatkan mcrcka.
• Di sini muncul di tengah-tengah mereka beberapa tokoh Islam yang monyeru
kepada fahaman nasionalisme dan kerjasama dengan golongan majoriti
Hindu.
• Begitu juga muncul tokoh-tokoh lain yang menyeru persatuan umat Islam dan
mendirikan negara terpisah bagi mereka akan tetapi hanya dalam kerangka
kepimpinan politik yang tidak dapat menggerakkan rakyat dari dalam.
• Sebab tidak ada selain aqidah yang dapat memperbaiki gerakan seperti ini.
Al-Maududilah penggerak tersebut dan pemimpin yang datang dengan
kriteria yang dapat memenuhi apa yang diperlukan oleh pergerakan ini bagi
umatnya.
• Pemimpin besar tidak banyak dikenali oleh umatnya kccuali setelah ia
meninggal dunia. Sebab mereka meskipun menyambut pemikiranpemikirannya
kerana menyentuh kepentingan mereka dan menghidupkan
getaran hati mereka.
• Akan tetapi berbagai faktor yang berbeda dan para politisi yang memainkan
potensi-potensi rakyat dan bangsa sentiasa menghalangi mereka dari
pemimpin hakiki yang mewakili mereka.
• Para pemimpin besar biasanya memahami hal itu dan tetap berusaha
mewujudkan tujuan-tujuannya.
• Ketabahan besar biasanya memahami hal itu dan tetap beusaha mewujudkan
tujuan-tujuannya. Ketabahan mereka menghadapi saudara-saudara mereka
serta orang sebangsa jauh lebih besar daripada ketabahan mereka terhadap
musuh.
• Pemimpin yang muncul dari keadaan yang tidak dikenali dan tampil
kehadapan, akan mengalami tentangan lebih banyak dari umatnya daripada
seorang pemimpin yang mewarisi kekuasaan atau pengaruh dan hanya
meneruskankan perjalanannya.
• Mcrupakan hal yang jelas bahawa Abul A'la Al-Maududi dapat mengenal
penyakit sejak awal lagi dan meletakkan kebijakan pergerakan serta berjalan
pada jalan dakwah yang ia letakkan pada satu pola. Dia menghadapi sendirian
setiap tentangan besar yang merintangi jalannya.
– A. Tentangan Dari Kaum Kerabat.
– Saudara tertuanya yang menjadi tulang belakang keluarganya setelah
orang tuanya meninggal dunia, meminta Al-Maududi untuk mengurusi
urusan peribadinya dengan jawatan tinggi yang ditawarkan kepadanya oleh
Universiti Ustmani di Haidar Abad.
– Sedangkan keputusasaan dan kelesuan yang dialami oleh umat membuat
Al-Maududi menjadi sukar untuk melihat siapakah yang akan
membangkitkan harapan dan semangat mereka, atau bersedia untuk
memberi pengertian dan berkorban.
– Keadaan yang datang dari keluarga Al-Maudndi ini merupakan situasi
yang wajar sebab biasanya sukar bagi seorang penda'i untuk mendapatkan
dukungan.
– Tanggapan AI-Maududi dalam menghadapi tentangan ini tegas dan pasti;
Tidak ada tempat memhuang-buang waktu.
– Aku yakin hahawa Mata hatiku tidak akan pergi sia-sia seandainya suaraku
adalah keikhlasan dan tekad.
• Umat sedang melewati masa-masa hidupnya yang paling menentukan pada
saat ini, dan aku merasa bahawa "angin taufan" dahsyat hampir datang
menghentam di atas kepala umat ini, iaitu taufan yang melebihi kedahsyatan
dan kekejamannya daripada “taufan” yang terjadi pada tahun 1857 yang
berakhir dengan penaklukan Britain sepenuhnya atas anak benua India,"
• Betapa sukar dirasakan oleh seseorang ketika menyedari kegentingan situasi,
sementara ia memerlukan gerakan langkah yang paling cepat dan tepat. la
menyedari hal ini sementara bangsanya sedang terbuai dalam tidur nyenyak
dan ia menginginkan keadaan yang lebih baik.
• Tepat seperti keadaan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam berdiri di atas Jabal
Shafa memberi peringatan kepada kaumnyn tentang azab yang pedih lalu
kaum Quraisy pergi meninggalkannya dengan mentertawakan semua itu.
Salah seorang tokoh Bani Hasyim berkata dengan hairan: "Untuk inikah
engkau wahai Muhammad, mengumpulkan kami?" Sebab menurut mereka
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam tidak berhak dalam hal seperti
ini.
• B. Tentangan Dari Segi Material.
– Al-Maududi harus meneruskan penerbitan majalahnya Turjuman Al-Qur'an
yang memuatkan pemikiran-pemikiran reformasinya jalan yang harus
ditempuh oleh kaum Muslimin, untuk menyelamatkan diri dari serangan dan
dominasi ideologi dan politik, dan untuk mengatasi trend yang dibawa oleh
peradaban Barat.
– Kemudian menjelaskan tahap-tahap jalan yang hendak dilalui oleh orang
yang menekuni perjalanan dakwah.
– Sementara itu Al-Maududi tidak mempunyai dana yang cukup untuk
meneruskan usaha perjuangan ini di samping tidak mempunyai sumber
daya manusia yang sedia menghadapi kesulitan sehingga ia berjalan
sendirian tanpa bekal dan tanpa penolong selain bekal ketabahan yang
telah bersatu dalam diri dan hatinya sebagai buah dari keimanannya yang
kuat bahawa Allah tidak akan mensia-siakannya sama sekali.
• C. Tentangan Dari Sahabat Seperjuangan.
– Abul A'la Al-Maududi mengalami tentangan dari masyarakat umum dan
juga dari sahabat seperjuangannya. Sementara perjalanannya masih
panjang dan penuh kepahitan serta banyak cubaan.
– Oleh sebab itu ada sebahagian sahabatnya yang tidak tahan berjalan
bersamanya kerana begitu berat perjalanan yang ditempuh termasuk
beberapa orang yang pernah bergabung bersamanya pada saat tertentu
lalu meninggalkannya dan mengambil jalan sendiri.
– Dalam hal ini, AI-Maududi menggambarkan: "Bagi mereka lebih ringan
menghadapi peluru dengan dada mereka untuk melakukan rusuhan akan
cetapi mereka tidak bersedia untuk bekerja vang menuntut kesabaran
beberapa bulan atau bertahap dalam pergerakan yang tersusun.
– AI-Maududi menggambarkan meraka dengan kata-katanya: "Kegiiaan yang
menimpaku ridak ada kegilaan lain yang menyamainya”
– Sejak berapa tahun aku menyampaikan fikiran-fikiranku kepada semua
orang, setiap kali aku mendekari meraka aku melihat seolah-olah mereka
menjauhiku dan jiwa mereka asing dari jiwaku, telinga mereka menjadi
asing dari bahasaku. Dunia ini seolah-oiah dunia lain yang tidak bersahabat
dengan sifat tabiatku
• Ketika di Lahore Al-Maududi mendirikan "Idarah Darul Islam" (Perkampungan
Islam) pada tahun 1939 agar ia dapat hidup bersama kawan-kawannya secara
Islami dengan penuh, iaitu dengan memakai sistem undang-undang syari'at
dalam segala hal, jauh dari sistem undang-undang taghut .
• la bersama beberapa orang ingin mencuba model yang diidamkan itu
meskipun banyak yang mempersoalkan untuk apa menyusahkan diri dengan
penderitaan ini?
• Pada 26hb. Ogos 1941 Al-Maududi menyeru melalui majalahnya Turjuman
Al-Qur'an kepada seluruh umat Islam di anak benua India untuk berkumpul
dan mengkaji keadaan umat Islam di anak benua ini yang dilanda dengan
berbagai peristiwa.
• Lalu seruan ini disambut oleh hanya tujuh puluh lima orang sahaja. Meskipun
yang diperolehi adalah sambutan yang menyedihkan namun ia bertekad untuk
membentuk Jama'ati Islami dengan hanya beberapa anggota ini.
• Selama enam tahun berturut-turut, iaitu hingga Ogos 1947 anggota Jama'ati
Islami baru memperoleh anggota sebanyak 625 orang.
• Pada tahun 1957 terjadi rusuhan dan pergolakan di dalam barisan Jama'ati
Islami dan sebahagian pengurusnya memandang salah jika Jama'ati Islami
terjun dalam kancah politik dan harus mengalihkan arah pada tabligh agama
serta memperbaiki keadaan masyarakat sebagaimana yang dilakukan oleh
Jama'ati Islami di India.
• Sebab tidak ada untungnya dalam masyarakat yang tidak stabil ini untuk
berpolitik. Satu-satunya jalan untuk keluar dari politik adalah menjauhkan diri
dari persaingan daiam pemilihanraya umum.
• Ini terjadi setelah pemerintah melakukan kecurangan dalam pemilihanraya
umum dan kekalahan jama'ati Islami pada pemilihan itu yang membuat ramai
orang hampir putus asa, lalu mereka terdorong untuk menerima kenyataan
yang bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang oleh Jama'ati Islami
untuk mewakilinya.
• Apa politik itu? Bukankah politik adalah kekuasaan dan masalah-masaiah
pemerintahan?
• Jika Jama'ati Islami mencampakkan politik dari program-programnya maka
apa yang masih tersisa dalam program-program ini untuk memperbaiki urusan
negara dan mengarahkannya di jalan Islam
• Apakah sama perilaku Jama'ati Islami di Pakistan, negeri yang seluruh
penduduknya adalah Muslim dan berdiri atas nama Islam dengan perilaku
Jama'ati islami di India di mana golongan Muslim adalah minoriti kecil di
tengah majoriti Hindu yang sangat membenci kaum muslimin
• Keretakan di tengah kelompok2 ini tampak nyata dan berkali-kali muncul ke
permukaan sebab utamanya adalah:-
– 1. Keinginan Terhadap Kedudukan, Jika seseorang merasa memiliki
kemampuan untuk memimpin dan merasa antara dirinya dan pemimpin
yang ada hanya ada sedikit perbezaan, maka ia berusaha dengan segala
cara untuk menentang dan keluar, baik diterima oleh semua sehingga ia
menjadi pemimpin sebagaimana yang ia inginkan, atau memisahkan diri
lalu menjadi pemimpin di tempat lain, atau setelah pecah lalu ia menghilang
kerana ia lenyap di tengah orang-orang kuat dan tidak berani menghadapi
tentangan yang datang dari luar.
– 2. Tidak Mempunyai Pandangan Yang Jelas. jika jama'ah terdiri dari
berbagai visi dan fahaman, lalu mereka bertemu bukan untuk bersatu,
maka apapun masalah yang datang akan membuat perpecahan dalam
kelompok menjadi dua atau lebih dan ketika itu perpecahan tidak dapat
dihindarkan. Keanekaragaman pendapat tidak membahayakan ja'maah
dalam majlis syura bahkan pada prinsipnya harus ada musyawarah
disebahkan perbezaan pendapat merupakan hal yang wajar. Akan tetapi
dalam masalah besar yang menimbulkan berhagai pendapat dan
pemahaman dalam lembaga eksekutif maka pandangan-pandangan itu
memerlukan penyatuan visi yang sama melalui musyawarah.
– 3. Keretakan Terjadi Akibat Orientasi Ekstrim. Jika sikap
kesederhanaan dan bijak merupakan rahsia kelangsungan Jama'ah dan
menjamin kekuatannya maka orang-orang yang mempunyai pandangan
ekstrim dengan sendirinya akan berpisah dari jama'ah. Kebanyakan api
fitnah dan kedengkian yang dikobarkan oleh kelompok ekstrim lebih
dahsyat daripada fitnah orang lain.
– 4. Keretakan Terjadi Akibat Kelemahan Menghadapi Tentangan. Dalam
keadaan sulit dan pertikaian sengit sering kali tidak ditemui kemampuan
dalam kelompok untuk mem-pertahankan kewujudannya. Lalu
meninggalkan jama'ah tanpa membuat kekecohan, atau berfalsafah untuk
membela diri agar di pandang sebagai pahlawan.
• Imam Al-Maududi menangani perpecahan ini dengan sangat bijak dan
mengumpulkan anggota Majlis Syura lebih dari sekali, serta memberi
kesempitan bagi kelompok penentang untuk mengemukakan pandanganpandangannya
secara bebas dan terbuka.
• Pada pertemuan terakhir Jama’ati Islami menegaskan prinsip-prinsipnya yang
memandang politik sebagai sebahagian dari agama dan pendidikan moral
pada intinya adalah bahawa agama tidak dapat dipisahkan dari politik.
• Bidang-bidang kehidupan merupakan sebahagian agama islam yang bersifat
universal yang mencakup semua fenomena kehidupan ini. Jumlah penentang
terhadap kebijakan Al-Maududi sebanyak 15 anggota yang mengatakan
mengundurkan diri dan pengunduran diri mereka diterima oleh Jama'ati Islami.
• Kemudian semua masalah kembali berjalan sesuai dengan garis
kebijaksanaan yang benar. Ujian dan cubaan ini yang berlangsung hampir
satu tahun lamanya merupakan perjalanan yang paling berat bagi Imam Al-
Maududi beserta jama'ati Islaminya.
• Sebab baginya Iebih ringan menghadapi musuh daripada menghadapi temanteman
dan kawan-kawan seperjuangan yang tidak mempunyai visi yang
sama.
• Meskipun demikian hasil yang diperolehi oleh Jama'ati Islami dengan
menerima pengunduran diri kelompok penentang itu merupakan hasil yang
sangat positif.
• Setiap kali kelompok-kelompok yang ada menggunakan cara-cara bijak dalam
menyelesaikan masalah-masalah pemikiran seperti ini dengan saling
memahami, mengingatkan erti ukhuwwah Islam, dan berakhir dengan saling
memahami, mengingatkan erti ukhuwwah Islam, dan berakhir dengan saling
memaafkan lalu pergi dengan tetap membawa pendapatnya masing- masing.
Setelah beberapa hari suasana akrab pun kembali seperti sediakala.
• D. Tentangan Diktatorisme.
• "Jangan mengharapkan bertemu musuh tetapi jika bertemu maka bersabalah."
Inilah kaedah yang berlaku bagi Jama'ah: Bijak tanpa kekerasan, tenang
tanpa membuat kekecohan akan tetapi kuat ber-pegang pada prinsip dan tidak
putus asa dalam usaha mewujudkan tujuan.
• Al-Maududi telah menghadapi semua pemerintah sivil yang berganti-ganti
sejak kelahiran Pakistan tahun 1947 yang berusaha menjadikan Pakistan
sebagai negara Muslim hanya pada nama tetapi tidak menerapkan syari‘at
Islam.
• Al-Maududi terus mengangkat suara Jama'ati lslami menuntut pemerintah
menerapkan syari'at Islam dan bahawa rakyat Pakistan yang
mempersembahkan segala yang mureka miliki untuk Islam tidak akan
menerima pemerintahan yang tidak menerapkan syari'at Allah.
• Akibatya AI-Maududi ditahan bersama para pimpinan Jama'ati Islam pada
4hb. Okrober 1948 dan penahanan ini berterusan hingga 28hb. Mei 1950.
• Pada September 1950 pemerintah membuat rancangan undang-undang
pertama setelah menggelisahkan rakyat secara terus-menerus.
• Usulan-usulan itu adalah cermin yang menggambarkan watak dasar
pemerintahan yang sedang berkuasa. Sebab usulan-usulan ini mengandungi
hal-hal yang bertentangan dengan Islam
• Pada 14hb. Oktober 1950, Al-Maududi menyampaikan pidato di Lahore di
mana ia mengecam terhadap usulan rancangan undang-undang ini. Ia
menyebutkan bahawa pemerintah membuka jalan bagi diktatorisme.
• Pada bulan Februari 1951 Jama'ati Islami bersama para ulama' membuat
usulan rancangan undang-undang baru lalu diajukan kepada pemerintah.
• Pada bulan Mac 1953, Al-Maududi dijatuhi hukuman mati. Mengapa ia tidak
dijatuhi hukuman mati, padahal dokumen-dokumen yang ada menguatkan
hukuman ini.
• Pertama; kerana ia adalah seorang Muslim. Menurut pemerintah, yang
mendapat dukungan dan pengakuan dari blok Timur dan Barat orang-orang
Muslim yang mempunyai komitmen kepada agamanya tidak mempunyai
kehormatan.
• Di antara pensyaratan yang tidak tertulis untuk mendapatkan pengakuan dan
dukungan dari blok Timur dan Barat itu adalah memerangi kelompok Islamik
yang bertekad membela Islam dengan harga apapun.
• Kedua; kerana ia adalah seorang pemikir yang dapat menggunakan hujjah
membela kebesaran Islam dan menyeru seluruh lapisan masyarakat -
termasuk di dalamnya kelompok yang terpedaya mengkagumi peradaban
Barat - kepada Islam sebagai sistem yang sempurna yang mencakupi semua
bidang kehidupan dan yang menegakkan kebenaran, keadilan dan
perdamaian bagi umat manusia sebagai individu mahupun sebagai makhluk
sosial.
• Ketiga; kerana ia adalah seorang rokoh pergerakan yang vokal yang ridak
dapat berdiam diri Maka apapun alasannya, Al-Maududi harus didiamkan
dengan paksa dan penjara kemudian borakhir dengan kematian.
• Akibatnya terjadi berbagai demonstrasi dan pesanan-pesanan melalui
telegram berdatangan dari seluruh penjuru dunia Islam mengecam atas
tindakan keji ini terhadap pejuang Muslim, Al-Maududi.
• Akhirnya Mahkamah Tinggi membatalkan hukuman mati atas diri Al-Maududi
dan ia beserta sahabat-sahabatnya dibebaskan pada rahun 1955.
• Pada 23hh. Mac 1958, Jenenal Ayub Khan merebut kerusi tertinggi
pemerintahan Pakistan lalu menimbulkan keadaan darurat di negeri itu melalui
pemerintahan tentera, suatu permainan biasa yang dilakukan oleh Amerika di
dunia ketiga.
• Daripada kekuasaan sivil yang dipilih dan diawasi oleh rakyat - permainan
yang sering muncul - lebih baik yang menduduki kerusi pemerintahan adalah
dari perwira tertinggi tentera yang kadang-kadang tidak dikenali sejarah dan
silsilahnya untuk mencoret semua yang telah ditulis dengan tinta dan
menghilangkan semua pencapaian yang telah diraih oleh negara-negara
imperialis.
• Pemerintahan tentera dan para pelakunya memikul tanggungjawab asas
keterbelakangan bangsa-bangsa Muslim.
• Pada era pemerintahan ini agen-agen rahsia semakin bertambah banyak
untuk melindungi revolusi yang dilakukan oleh pihak tentera; kerosakan
akhlak, rasuah, dan segala sesuatu dibeli dengan wang.
• Begitu pula dengan Pakistan, ketika rakyat mendesak undang-undang umum
tahun 1956 pemerintahan Iskandar Mirza tidak mampu meski pun dengan
berbagai cara menghapuskannya.
• Kemudian Ayub Khan datang menghapuskan undang-undang umat dan
menggantikannya dengan undang-undang lain yang fasal-fasal pokoknya
memberi perlindungan kepada kekuataan dan kediktatorannya.
• Mengenai hal ini Al-Maududi mengeluarkan komentar:
– "Undang-undang darurat tentera dahulu tidak berpelembagaan sedangkan
undang-undang tentera mulai berpelembagaan! Dalam 4 tahun pertama
pemerintahan Ayub Khan hukum daruratlah yang berperanan, kemudian ia
ingin menambah pada pemerintahannya beberapa pengesahan, maka lalu
ia mendirikan satu parti dengan mengizinkan kembalinya parti-parti politik
lainnya.“
• Sukar untuk difahami dengan pasti mengapa orang-orang diktator bercita-cita
mendirikan parti-parti untuk orang-orang yang iebih mementingkan
keuntungan diri sendiri dan membentuk pasukan pengacau dan sabotaj.
Apakah mereka tidak memahami nilai perhimpunan massa ini? Ataukah
mereka ingin memiliki segalanya hingga sampai pada parti.
• Ketika kita mengatakan bahawa penguasa zalim itu berbuat adil, atau
pengkhianat itu jujur, atau orang yang tidak mempunyai aqidah itu berbuat
ikhlas, maka janganlah anda percaya!
• Begitu pula janganlah anda sekali-kaii percaya bahawa penguasa diktator
mengizinkan orang lain bernafas atau bergerak bebas hingga seandainya
mereka mengumumkan hal tersebut.
• Demikian pula ketika Jama'ati lslami mengumumkan tentang kongres umum
yang diadakan di Lahore pada bulan Oktober 1963.
• Apakah pemerintah mengeluarkan larangan, padahal pemerintah telah
mengumumkan kebebasan aktiviti politik Ternyata pemerintah mengambil
tindakan:
– 1. Membatasi tempat dengan memberi izin di tempat yang sempit yang
tidak cukup untuk keperluan kongres.
– 2. Mengubah jadual keberangkatan gerabak kereta api agar para peserta
tidak sampai ke tempar kongres tepat pada waktunya.
– 3. Melarang menggunakan pembesar suara.
– 4. Pada acara pembukaan sekelompok orang bersenjata menyerang
dengan tembakan senjata api yang diarahkan ke pentas pimpinan. Ketika
anggota Jam'ati Islami mempersilakan Al-Maududi duduk, ia menjawab:
"Jika aku duduk maka siapa yang akan letap berdiri di sini?"
• Apa ada orang - meskipun dikumiai ketajaman dan kebesaran - mengucapkan
kata-kata yang Iebih indah dan Iebih tajam yang tidak sahaja mencerminkan
keberanian luar biasa dan mernper-taruhkan nyawa untuk Allah, akan tetapi
juga mengandungi makna lain yang Iebih dalam, iaitu bahawa jika pemimpin
mundur dari tentangan . maka bagaimana mungkin bendera dakwah dapat
berkibar tinggi?
• Sering kita dengar ucapan dan sikap seperti ini dari tokoh-tokoh gerakan Islam
moden yang dengan jiwa besar mereka memelihara dakwah mereka, pertama
dalam diri mereka sendiri; dan kedua untuk orang lain.
• Sebab tidak ada hal yang Iebih berat dalam peperangan daripada kejatuhan
pembawa bendera atau jika pemimpin teladan mundur dari perjuangan.
• Al-Maududi mengangkat syi'ar "Republik Pakistan Islam" (Jumhuri Islam
Pakistan) dan menyeru kebebasan kepada rakyat.
• Lalu rakyat turut hadir ke Parlimen dalam barisan sepanjang sembilan batu
menuntut pelaksanaan Islam dalam berbangsa dan bernegara.
• Akan terapi pemerintah tidak menuruti tuntutan rakyat melainkan justeru
membubarkan Jama'ati Islami dan Al-Maududi ditahan beserta para anggota
majlis syura pusat dalam Jama'ati islami pada 6hb. Januari 1964.
• Kemudian pemerintah menyerang dengan sengit terhadap mereka dengan
berbagai tuduhan palsu. Akan tetapi Mahkamah Tinggi mengumumkan
bahawa Al-Maududi dan sahabat-sahabatnya tidak bersalah dan bebas dari
semua tuduhan yang dilontarkan terhadap mereka, serta memerintahkan
pembebasan para tahanan.
• Begitu pula larangan yang dikenakan terhadap Jama'ati Islami, dicabut. Al-
Maududi dalam hal ini memberi komentar dengan mengatakan: "Musuh yang
kita hadapi adalah musuh aneh, iaitu mengajak berkelahi dengan mengikat
lawannya,"
• Pada bulan September 1965, perang antara Pakistan dan India tercetus.
Meskipun terdapat perselisihan politik antara Jama'ati Islami dengan parti-parti
lain di negeri itu pada satu sisi dan antara regim penguasa pada sisi yang lain,
akan tetapi sikap Al-Maududi terhadap perang melawan India ialah dengan
mendukung Pakistan sepenuhnya, Sebab tidak mungkin dalam keadaan
seperti ini untuk mengatakan: "Thaghut India melawan Thaghut Pakistan,
sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian kelompok ekstrim di negeri itu.
• Bahkan Al- Maududi menegaskan bahawa Pakistan adalah negeri bangsa
Pakistan sebelum negeri penguasa.
• Maka menjaga dan membela Pakistan bagi mereka merupakan kewajiban
pertama sebelum orang lain. Sikap Al-Maududi ini mempunyai kesan besar
terhadap akhir peperangan.
• Sebab para sukarelawan berbondong-bondong mendaftarkan diri untuk
berperang jihad. Para anggota Jama‘ati Islami mendirikan pusat-pusat logistik
dan perawatan medis di seluruh negeri khususnya di wilayah Azad Kasymir.
• Al-Maududi ditahan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam penjara pada 29hb.
Januari 1967 setelah terjadi perselisihan antara pemerintah dan kaum ulama'.
• Perselisihan ini bermula dari pengumuman pemerintah mengenai ru'yat hilal.
Hari raya Idul Fitri satu hari sebelum waktunya agar Hari Raya Idul Fitri jatuh
pada hari Juma'at. Dari sini para ulama’ melakukan protes dan pemerintah
bergerak untuk melakukan penahanan terhadap mereka.
• Rakyat pun segera menuntut agar pemerintah tidak bertindak bodoh terhadap
mereka. Kemudian pemerintah meninjau kembali penahanan terhadap mereka
dan terpaksa membebaskan Al-Maududi pada 15hb. Mac 1967.
• Imam Al-Maududi adalah seorang yang tidak boleh berdiam diri di samping
sentiasa mempunyai banyak gagasan dan aktiviti.
• Setiap kali kegiatan rakyat surut atau semakin lemah, maka dengan
semangatnya ia segera menggerakkan kembali.
• Sifat ini merupakan salah satu keistimewaan penting bagi pemimpin yang
berjaya. Akan tetapi amat disayangi kepada pemimpin yang tidak memiliki
pemikiran yang tajam (geliga) melainkan hanya terpaku dengan semboyan:
"Dalam kehidupan, terjamin keselamatan!“
• Setelah Al-Maududi keluar dari penjara, ia segera menyeru kepada
pembentukan barisan hadapan nasional yang bergabung di dalamnya
kelompok-kelompok lain dan meletakkan protokol yang terdiri dari lima buah
lembaga di bawah nama: Gerakan Republik Pakistan, yang menyerukan
kembalinya sistem Republik kepada Pakistan dan penghapusan Diktatorisme.
• Jama'ati-islami merupakan tulang belakang bagi barisan hadapan ini. Hal ini
merupakan catatan penting dalam kerjasama nasional seperti ini.
• Gerakan Islam setiap saat dapat berkerjasama dengan kelompok-kelompok
lain, baik yang berhaluan kiri mahupun kanan dengan syarat tidak lari dari
landasan Islam dan kerjasama ini berakhir setelah mencapai tujuannya yang
dilakukan oleh barisan hadapan ini.
• Oleh kerana itu ketika sakit Al-Maududi bertambah parah dan terpaksa dibawa
keluar daripada Pakistan untuk keperluan pengubatan, kelompok komunis
yang ikut dalam barisan hadapan nasional ini berusaha memaksakan
kehendak untuk kepentingan mereka.
• maka Al-Maududi segera kembali meskipun ia belum sembuh benar.
Kemudian Al-Maududi menjelajah ke sekeliling daerah dan kota-kota Pakistan
untuk menjelaskan tujuan-tujuan Islam serta kepentingan yang sah yang dapat
diraih dengan menjatuhkan Sistem diktatorisme.
• Rakyat Pakistan menyambut gerakan ini sehingga memaksa regim Ayub Khan
mengajak berunding dalam satu pembicaraan yang dihadiri oleh seluruh tokoh
politik untuk mencari penyelesaian dan pemecahan mengenai krisis ini.
• Parti-parti lain dan juga Ayub Khan mendesak untuk melepaskan Ali Butto dari
tahanan agar dapat menghadiri perundingan ini, akan tetapi Jama'ati Islami
menentang usulan ini.
• Ali Butto lalah Menteri Luar Negeri regim Ayub Khan yang sangat cerdik dan
licik yang menyedari bahawa akhir kekuasaan Ayub Khan telah dekat lalu
membuat rencana politik dengan membentuk Parti Rakyat Pakistan (The
People Party). Langkahnya ini menyebabkan ia masuk penjara.
• Cara ini dikenal baik olah para ahli politik profesional sebagai cara kaum
imperialis. laitu ketika telah dekat saat berundurnya penjajah atau penggantian
penguasa maka sekelompok pendukungnya segera mengumumkan
penentangan sehingga menyebabkan ianya dimasukkan ke dalam penjara,
akan tetapi setelah dikeluarkan semula, maka jadilah ia sebagai pahlawan
yang diperlukan oleh rakyat yang menderita.
• Inilah yang terjadi pada Ali Butto yang kecerdikan dan moralitinya membuat
kalangan penjajah berminat besar pada dirinya.
• Yang jelas Ali Butto menghadiri perundingan inj. Beberapa saat kemudian
Jenderal Yahya Khan menerima kekuasaan dan mengumumkan
pemilihanraya umum di negeri itu.
• Benang-benang pakatan sulit (konspirasi) telah begitu jelas dan
"pahlawan"pelaksananya telah hadir. Yang diperlukan hanya untuk
melaksanakannya sahaja.
• Ali Butto terpilih di wilayah Barat Pakistan (Pakistan yang sekarang),
sedangkan Mujibur Rahman yang menyerukan pemisahan diri terpilih di
wilayah Pakistan Timur (Bangladesh).
• Sayangnya peringatan Jama'ati Islami sebelumnya dianggap sebagai angin
lalu, sehingga akibatnya seperti yang terjadi sekarang.
– Kau talah membuat ia mendengar. Jika yang kamu seru itu hidup. Tetapi
sayang sekali. Yang kau panggil telah lama mati!
• Tidak diragukan bahawa waktu ini merupakan masa yang paling berat yang
dialami oleh bangsa Pakistan khususnya dan umat Islam secara
keseluruhannya- Sebab Pakistan sebelumnya merupakan negara Islam
terbesar hancur terbelah di siang hari di hadapan mata kaum Muslimin
seluruh dunia.
• Dalam pakatan sulit (konspirasi) ini berbagai pihak telah ikut ambil bahagian:
– India, yang telah mempersenjatai suku-suku
Benggali yang membentuk pasukan pengacau
dan melakukan aksi rusuhan di Pakistan Timur,
kemudian menyerbu pasukan Pakistan yang
berjumlah 90,000 anggota dan mendesak
dengan perintah untuk menyerah. Pasukan
Pakistan lalu menyerah dalam sebuah pertempuran sengit.
– 2.Mujibur Rahman yang berusaha untuk bergabung
dengan musuh-musuh negara Pakistan untuk membahagikan
Pakistan menjadi dua negara. Ali Butto mempunyai saham besar dalam
peristiwa ini, yang kelak menjadi penguasa yang sebenarnya di Pakstan
Barat. Ia mendesak untuk menggunakan kekerasan terhadap Mujibur
Rahman pada saat Jama'ati Islami meminta kepadanya untuk
menggunakan cara yang bijak dan kesabaran- Negara-negara penjajah
juga ikut memberi saham dalam konspirasi ini.
– Pada saat genting seperti ini semua pihak melupakan berbagai perjanjian
dan kesepakatan. Tidak ada pilihan lain di hadapan mereka kecuali
menikam kaum Muslimin, memecah-belahkan persatuan mereka dengan
menenggelamkan kemunculan mereka.
– Jika ada pihak yang tidak ikut bertanggungjawab atas kejahatan ini, maka
Jama'ati Lslami ialah pihak itu. Kerana di bawah pimpinan Al-Maududi,
Jama'ah ini telah memberi peringatan, berjuang, dan bekerja keras selama
40 tahun, akan tetapi apalah erti luka bagi orang yang telah mati.
• Al-Maududi memahami bahawa perang ini merugikan akan tetapi ia menyesal
jika Pakistan dibahagi menjadi dua tanpa ia boleh berbuat sesuatu.
• Ia membenluk pasukan Badar terdiri dari para sukarelawan Muslim yang
sama-sama berganding bahu bersama pasukan tentara tetap Pakistan di barat
dan timur negeri itu berperang melawan musuh untuk membela negara
dengan gigih hingga saat terakhir.
Pengerttiian Dakwah Bagii Abu A''lla All--
Maududii
• Jika biografi Abul A'la Al-Maududi hampir mirip dengan perjalanan hidup
para tokoh pergerakan Islam yang ada di tempat-tempat lain atau di masamasa
yang berbeza.
• mereka menghadapi berbagai masalah dan mengalami pahit getirnya
perjuangan akan tetapi masalah yang berbeza adalah konsep masing-masing
dari mereka dan pemahaman tentang dakwah Islam.
• Jika pemahaman Imam Al-Maududi tentang Islam mempunyai titik temu
dalam banyak hal dengan pemahaman para tokoh lainnya, di sana ada
beberapa hal yang membezakan Al-Maududi dari mereka.
• Islam dalam dakwah Al- Maududi adalah satu revolusi terhadap kejumudan
dan keterbelakangan.
• Al-Maududi merasa terpanggil untuk bangkit kerana adanya sebahagian
kaum Muslimin yang memandang Islam sebagai warisan nenek-moyang
mereka tanpa adanya warisan tanggungjawab atau tanpa memahami Islam
lebih dari sekadar upacara ritual pernikahan, masalah-masalah waris, atau
berbagai upacara pemakaman atau upacara-upacara ritual lainnya
yangdianggap sebahagian dari agama.
• Mereka jauh dari pemahaman bahawa Islam adalah sistem yang sempurna
bagi kehidupan yang mencakupi semua urusan kehidupan Muslim
• baik kehidupan peribadi mahupun kehidupan bermasyarakat, sehingga
kehidupan Muslim dan masyarakat Islam yang berpegang pada ajaran syari'at
menjadi bersih, bebas dan mulia.
• Oleh kerana itu Muslim bukanlah seorang manusia yang mewarisi Islam dari
orang tuanya dan dari orang sekelilingnya seperti mewarisi harta kekayaan,
melainkan ia adalah orang yang memiliki tugas khusus yang tidak akan
menjadi seorang Muslim yang benar apabila mengurangi tugas-tugas itu atau
melupakannya.
• Al-Maududi secara ringkas mengemukakan tugas ini:
– "Tugasku kepada kaum Muslimin adalah untuk memahamkan
tanggungjawab terhadap tugas-tugas itu, iaitu tanggungjawab yang
dikenakan terhadap mereka sebagai umat Islam. Tidaklah cukup hanya
sekadar mengatakan kami umat Islam. Tetapi ketika percaya kepada Allah
sebagai yang disembah dan Islam sebagai agama, maka yang demikian itu
harus ada dalam perasaan dan memikirkan bagaimana pelaksanaannya.
Jika tidak bangkit untuk melaksanakan tanggungjawab ini bererti tidak
mungkin bebas dari tanggungjawab pengabaian di dunia ataupun di
akhirat."
• Apakah dia tanggungjawab-tanggungjawab ini? Tanggungjawab ini bukanlah
hanya beriman kepada Allah, kepada malaikat-malaikatNya, kepada kitabkitabNya,
kepada para rasulNya, dan kepada hari akhirat .
• tidak pula hanya sekadar mendirikan solat, berpuasa pada bulan Ramadhan,
membayar zakat dan menunaikan haji.
• begitu pula tidak hanya melaksanakan dasar-dasar Islam dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pernikahan, thalaq, warisan dan sebagainya.
• melainkan di sana ada tanggungjawab di atas semua ini yang menjadi beban
di atas bahu seorang Muslim.
• iaitu menjadi saksi kebenaran di hadapan dunia seluruhnya dengan
menunjukkan apa yang diimani dalam sikap dan perilaku.
• Al-Qur'an telah berbicara mengenai ummah muslimah sebagai penegasan
bahawa umat ini mempunyai kedudukan khusus yang mengandung makna
besar, bahawa Muslim akan menjadi hujjah untuk saksi kebenaran terhadap
hamba-hamba Allah:
– Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yang
adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar
Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)
• Inilah tujuan hakiki keberadaan umat Islam. Dan kerana itu merupakan
kewajiban bagi setiap Muslim untuk mewujudkan tujuan ini.
• Jika tidak, maka hidupnya bererti tanpa tujuan. Ini diwajibkan oleh Allah. Allah
memerintahkan hamba-hamba-Nya dengan firmanNya:
– Wahai orang-orang yang beriman! ]adilah kamu orang yang benar-benar
penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah. (An-Nisa': 135)
• Ini merupakan hal yang menjadi satu keharusan, yang tidak ada pilihan lain,
kerana Allah Ta'ala berfirman: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang
yang menyembunyikan syahadah dari Allah,“
• menunjukkan jalan kebahagiaan manusia dan keselamatannya.
• Yang dimaksudkan dengan syahadah yang dipikulkan di atas bahu adalah
tugas menjelaskan kebenaran yang datang di hadapan kita, dan kesaksian
yang jelas bagi kita kemudian kita.
• Jalan yang nyata ini menjadi tugas untuk dijelaskan semuanya kepada dunia
seluruhnya. Syahadah yang menjadi tugas ini ada dua jenis:
– Syahadah Qauliyyah, maksudnya adalah
kesaksian dengan perkataan.
– Syahadah 'Amaliyah, iaitu kesaksian dengan
amal perbuatan.
• Syahadah Qauliyah ini terungkap dalam karya para penulis dan penceramah
dengan menjelaskan kebenaran dan menggunakan semua sarana yang
memuaskan serta menarik dalam rangka menanamkannya secara
mantap dalam hati.
• Mereka ini menggunakan semua sarana tabligh dan dakwah, barang-barang
cetak dan penerbitan yang dapat dilakukan serta memakai semua peralatan
ilmu dan teknologi sebagai usaha menyebarluaskan ajaran agama yang telah
ditetapkan oleh Allah kepada para hambaNya.
• Dalam menjelaskan semua ini kepada manusia hendaklah dengan cara yang
baik agar apa yang disampaikan dapat diterima sebagai petunjuk dalam
bidang pemikiran dan aqidah: akhlak, sirah, sosial, peradaban, mencari
nafkah, hubungan antarabangsa, dan aspek-aspek kehidupan lainnya.
• Ini semua menuntut hujjah dan bukti untuk mendukung kebenaran, membuka
kebatilan agar diketahui oleh semua orang.
• Tidak mungkin kita mengemukakan syahadah qauliyah ini secara baik kecuali
apabila umat memberi perhatian pada masalah menyampaikan hidayah pada
umat manusia, sebagaimana perhatian para nabi secara individu terhadap
masalah ini.
• Dalam melaksanakan kebenaran ini ada keharusan memuatkan satu titik
fokus bagi semua usaha sosial, semua usaha dalam bentuk secara lisan,
mengkhususkan semua kekuatan mental dan psikologi yang kita miliki.
• semua sarana yang dapat dipergunakan, dan harus sentiasa menjadikan
tujuan ini sebagai sasaran yang sedang diusahakan kewujudannya ketika
sedang melakukan tugas dalam hidup.
• Sedangkan syahadah 'amaliyyah, yang ertinya adalah mewujudkan kesaksian
dalam bentuk perbuatan dalam hidup ini merupakan dasar-dasar yang
diperintahkan untuk dijadikan pegangan.
• Sedangkan syahadah 'amaliyyah, yang ertinya adalah mewujudkan kesaksian
dalam bentuk perbuatan dalam hidup ini merupakan dasar-dasar yang
diperintahkan untuk dijadikan pegangan.
• Sebab dunia tidak akan menerima kebenaran ini meskipun disebutkan
berulang-ulang dengan lisan atau tulisan.
• Semua orang ingin melihat kebaikan-kebaikan kebenaran ini dalam kehidupan
nyata kita dengan mata kepala mereka sendiri, tidak hanya mendengar
dengan telinga mereka;
• mereka ingin merasakan citarasa manis keimanan yang muncul pada perilaku
akhlak; mereka ingin melihat bagaimana petunjuk agama dapat membentuk
manusia yang baik dan menciptakan masyarakat yang adil dan makmur.
• mereka ingin melihat bagaimana petunjuk agama dapat menciptakan
peradaban dan kebudayaan yang suci dan terhormat.
• bagaimana memberi sumbangan ilmu pengetahuan dan teknologi serta seni
yang berjalan pada garis-garis yang benar dan sihat.
• mereka ingin melihat bagaimana kerjasama ekonomi dan kasih-sayang dalam
masyarakat dengan memberi hak kepada kita dalam bentuk perbuatan nyata.
• Inilah kebenaran yang diungkapkan dengan syahadah 'amaliyyah. Amal
perbuatan individu dalam masyarakat adalah yang menjadi bukti kesaksian ini.
• Perlu ditambahkan di sini bahawa menyempurnakan syahadah 'amaliyyah ini
dapat dilakukan secara penuh ketika terdapat suatu negara yang
melaksanakan kebenaran ini sesuai dengan yang diajarkan oleh Allah dan
agama diwujudkan dalam bentuk amal perbuatan.
• Kita harus dapat membuktikan kesaksian kepada dunia seluruhnya bahawa
agama yang menciptakan negara ini adalah jaminan satu-satunya yang
memberi kebahagiaan hidup manusia.
• Bilamana syahadah 'amaliyyah berjalan bahu-membahu dengan syahadah
qauliyyah maka saat itu kita dapat mengatakan tanggungjawab yang ada di
atas bahu individu Muslim serta umat Islam telah ditunaikan dan bererti
kesaksian itu telah dilaksanakan sepenuhnya dan umat seluruhnya berada
dalam satu situasi yang memungkinkan baginya untuk berdiri di belakang
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan menyampaikan kesaksian bahawa
umat ini telah menyampaikan apa yang disampaikan oleh beliau.
IIsllam Sattu Gerakan Yang
Mencakupii Berbagaii
Urusan Hiidup
• la adalah aqidah yang menjadi sumber sistem kehidupan utuh yang berjalan
seiring dengan perkembangan dan sesuai dengan setiap keadaan di setiap
tempat dan masa.
• Atas dasar ini orang mulai mendengar bahawa politik sebagian dari Islam,
bahkan merupakan sebahagian pokok dari agama ini.
• Politik dalam tradisi umat Islam pernah menjadi permainan paling kotor hingga
muncul secara luas dalam waktu panjang bahawa orang terhormat tidak
mungkin masuk dalam permainan ini. Hal ini terjadi pada Al-Maududi sendiri
ketika
• ramai di antara pendukungnya memberi nasihat agar ia menjauhi kancah
politik dan menjaga dirinya yang terhormat itu dari permainan kotor ini.
• Akan tetapi Al-Maududi dapat membuktikan kepada semua bahawa politik
dapat mencakupi prinsip-prinsip yang baik, kejujuran, membuktikan
kebenaran, membangunkan sikap-sikap yang terpuji serta membela hak umat.
• Tanpa itu Islam tidak mempunyai makna selain simbul dan ritual sahaja.
Pandangan Al-Maududi ini juga dituju kepada pemilihan anggota Parlimen
yang dipandang orang sebagai kancah permainan dan persaingan tidak sihat
untuk mencapai kedudukan melalui cara yang tidak terhormat.
• Al-Maududi menyeru untuk mengakhiri cara pencalonan anggota Parlimen
yang tidak sihat yang sering menggunakan cara-cara keji dan licik sehingga
memperdaya para pemilih.
• Kaum Muslimin dengan bersemangat meng-angkat syi'ar: "Al-Quran
perundangan kami."Al-Maududi menjelaskan bahawa Al-Qur'an benar-benar
undang-undang kita akan tetapi adanya satu ikatan antara rakyat dan
penguasa di negeri moden merupakan satu hal yang amat penting.
• Hal demikian menjelaskan hubungan antara pemerintah dan pentadbirannya,
sesuai dengan apa yang ada dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
• Akan tetapi para ulama' tradisional dan juga kaum terdidik berhaluan sekular
tidak mahu menerima gagasan perundangan Islam.
• Bahkan para pakar hukum belum terdetik dalam fikiran mereka tentang bentuk
perundangan untuk negeri Muslim.

• Tetapi Al-Maududi menjelaskan jawaban atas keraguan semua pihak
mengenai gagasan perundangan Islam itu dengan penjelasan dan hujjah
yang didukung dengan dalil dan bukti melalui karya-karyanya:
– Kekuasaan Tuhan (Al-Hukm Al-llahi).
– Prinsip-Prinsip Syura (Ushul Asy-Syura).
– Prinsip-Prinsip Pemilihan (Ushul al-lntikhab).
– Jawatan-Jawatan Yang Diduduki Wanita (Al-
Manshab Allati Tatawallaha Al-Mar'ah).
– Tujuan Pemerintahan (Al-Hadaf min Wujud
Al-Hukumah).
– Prinsip-Prinsip Ketaatan Pada Penguasa (Ushul
Tha 'ah Ulil Amri).
– Hak-Hak Asasi (Al-Huquq Al-Asasiyyah).
– Pelayanan Umum (Al-Khadamat Al- 'Ammah).
– Hak-Hak Awam (Al-Huquq Al-Madaniyyah).
– 10. Hak-hak Ahli Dzimmah (Huquq Ahl Adz-
Dzimmah) dan lain-lainnya.
• Al-Maududi telah membuat peta lengkap dan jelas mengenai tanda-tanda
penerapan sistem Islam, la menjelaskan bagaimana sistem ekonomi dalam
Islam.
• bagaimana sistem pendidikan dan bentuk politik negara; bagaimana dapat
meningkatkan tingkat kesejahteraaan; bagaimana memperbaiki kelompok
masyarakat yang akrab dengan kebatilan dalam negeri Islam.
• prinsip-prinsip apa yang menjadi fokus pembinaan kesihatan; langkah-langkah
pokok apa yang diambil untuk meningkatkan pertanian dan industri.
• sifat dan kriteria apa yang harus dimiliki oleh para pegawai Muslim yang
memegang jawatan penting dalam pemerintahan Islam; bagaimana
mempersiapkan mereka.
• bagaimana cara mempersiapkan mereka; bagaimana mempertahankan
negara Muslim; bagaimana politik dalam dan luar negerinya. Al-Maududi tidak
meninggalkan satu pun bidang kehidupan yang tidak dibahas sesuai dengan
rancangan sistem Islam yang ia tulis.
• Demikian, pada saat ramai di kalangan tokoh pergerakan Islam tidak
membahaskan infrastruktur pemikiran tentang sistem Islam yang
diperjuangkan .
• Al-Maududi membuat infrastruktur yang ia terjemahkan dalam realiti
kehidupan terbatas yang dapat difahami oleh para penda'i Muslim dan juga
dapat difahami oleh orang lain yang mempunyai peninjauan yang berbeza.
IIsllam Pergerakan Realliisttiik
• Islam bukan sekadar pemikiran dan teori ideal yang dikemukakan dalam
lembaran kertas melainkan sebuah pergerakan yang tampak dalam realiti
ketika dibawa oleh orang-orang yang meyakininya dan membela ajarannya.
• Sebesar mana komitmen mereka dan kesesuaian pemikiran dan amal
perbuatan mereka dengan Islam sebesar itu pula keberhasilan dan
tersebarnya pergerakan ini.
• Dari sini Al-Maududi memberi batasan untuk jama'ah yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan ciri pergerakan Islam, hal-hal tersebut adalah sebagai
berikut:
A. Komitmen Pada Akhlak Islam.
 Masalah ini sering muncul dengan nyata, bagaimana dalam sebuah
pergerakan Islam para pengikutnya tidak mempunyai perilaku rabbani.
 Seringkali terjadi orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi
menyelinap masuk ke dalam barisan pergerakan Islam. Mereka tidak
mempunyai akhlak Islam yang sebenarnya sehingga seringkali
perbuatannya tidak berbeza dengan para ahli politik lain.
 Oleh sebab itu AI-Maududi mendesak agar yang masuk ke dalam Jama'ati
Islami hanya orang-orang yang mempunyai komitmen pada akhlak Islam
sehingga perilakunya mencerminkan sifat rabbani dalam pengertian yang
shahih.
 Al-Maududi mengajak sahabat-sahabatnya untuk mengikat diri pada Sang
Penciptanya dengan satu ikatan khusus yang ia sebut dengan peritaku
Qur'ani di mana hati dan jiwa seorang hamba merindukan amal perbuatan
yang diperintahkan oleh Allah.
 Hal ini tidak mungkin terwujud kecuali dengan mengikuti keteladanan
Rasulullah dan berakhlak Qur'ani, seolah Al-Qur'an diturunkan kepadanya.
 Adapun mengenai cara yang disarankan oleh Al-Maududi dalam langkah
perbaikan diri dan pensucian jiwa menuju akhlak Qur'ani, ia menjelaskan
dalam sebuah pernyataan:
• "Pengubatan terhadap keburukan akhlak ada tiga cara, iaitu dengan doa yang
baik dari teman-teman setianya, bergaul dengan teman yang baik dan usaha
dari diri sendiri menuju kebaikan.
• Sedangkan selain itu tidak ada pengubatan yang lebih baik kecuali menghisab
diri kita. Sebab Allah telah memberikan manusia citarasa yang mendorong
dirinya untuk melakukan kebaikan dan citarasa ini disebut dhamir
(kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui proses pemikiran).
• Dhamir ini memerlukan dua perkara;
– Pertama, pencerahan dengan cahaya ilmu sedapat mungkin agar dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk.
– Kedua, sentiasa mengisi dhamir dengan unsur penguat seperti melakukan
solat wajib dan sunat, puasa, membayar zakat dan sedekah, dan berbuat
baik dengan memberi pengabdian kepada orang lain dalam amal fi
sabilillah. Hak-hak ini semua dapat mengangkat dhamir pada kedudukan
yang tinggi."
• Lurus Dalam Pemahaman Konsep Islam.
• Kelurusan konsep dalam hati penda'i dan perilakunya merupakan hal yang
amat penting.
• Al-Maududi pernah menghadapi, ketika di India, konsep-konsep
menyeleweng seperti ini sehingga ia banyak menemui di kalangan kaum
Muslimin yang terpengaruh oleh fahaman nasionalisme India untuk
membebaskan diri dari kungkungan penjajah Britain, padahal mereka
sebenarnya dengan demikian menempatkan diri dalam pengaruh kekuatan
golongan Hindu.
• Pada tahap kedua di kalangan umat Islam tersebar fahaman nasionalisme
Arab, yang pada isi kandungannya tidak berbeza dengan fahaman
nasionalisme di Eropah.
• Lalu kaum Muslimin yang secara psikologi terdesak mulai meniru Barat
dalam hal pemikiran dan kefahamannya. Al-Maududi menentang fahaman
Nasionalisme dalam kedua tahap tersebut.
• Al-Maududi berbicara mengenai nasionalisme dan kebangsaan dengan
mengatakan: "Wilayah nasionalisme yang dibentuk oleh Islam bukanlah
wilayah materi, melainkan wilayah mental.
• Boleh jadi orang yang dipisahkan secara fizikal oleh jarak yang sangat jauh
tetapi keduanya berada dalam satu wilayah ini.
• Wilayah ini dibatasi oleh kalimah ''La llaha illallah Muhammad Rasulullah."
Dengan asas kalimah suci ini kita membezakan persahabatan dan
permusuhan.
• Menetapkan kalimah ini bererti bersatu dan mengingkarinya bererti
memisahkan diri.
• Barangsiapa dipisahkan oleh kalimah ini maka tidak mungkin boleh disatukan
dengan ikatan darah, negeri, bahasa, jenis makanan, atau pemerintahan.
• Dan barangsiapa disatukan oleh kalimah ini, maka tidak mungkin dipisahkan
dengan apapun; sungai, laut, samudera, bahasa, hubungan darah, warna
kulit, dan seterusnya.
• Setiap Muslim, baik ia dari China mahupun dari Marakesh, berkulit putih atau
hitam, India atau Arab, Semit atau Aryan, rakyat suatu negeri atau rakyat
negeri lain, ia adalah sebahagian dari umat Islam, seorang anggota dari umat
Islam yang berhak mendapat perlindungan undang-undang Islam.
• Sebab tidak ditemui dalam syari'at Islam satu peraturan pun yang
membezakan seorang Muslim dari Muslim lainnya atas dasar etnik atau
bahasa atau negeri, dalam bidang kehidupan apapun, baik politik, ekonomi,
sosial, atau bidang mu'amalat dan ibadah.
• Seorang Muslim tidak akan dapat memahami pemikiran Al-Maududi ini
dengan baik kecuali setelah menyaksikan jama'ah-jama'ah yang mengaku
memperjuangkan Islam itu ternyata lebih banyak dipengaruhi oleh fahaman
nasionalisme dan sekularisme.
C Islam Sebuah Gerakan Pemikiran dan Pembinaan.
 Gerakan Islam yang ada, memandang masalah pemikiran terbahagi menjadi
dua;
• Pertama: Memandang bahawa reformasi harus melalui pendidikan individu
kemudian memperbaiki masyarakat, setelah itu mendirikan negara Islam.
• Tidak menjadi masalah untuk masuk ke dalam barisan mereka apakah orang
itu sudah mendalami pemikirannya atau belum, sebab hal itu bagi mereka
tidak terlalu penting.
• Bahkan sebahagian pemikir aliran ini mempunyai konsep bahawa pendalaman
dalam bidang aqidah dan kefahaman akan kekukuhan syahadah tauhid cukup
untuk membuat revolusi Islam yang diharapkan.
• Mereka amat tidak begitu senang dengan orang-orang yang menuntut
diadakannya berbagai pembahasan dan kajian pemikiran bahkan
memandangnya sebagai hal yang tidak akan membawa erti penting, sebab
tugas ini tidak akan dapat dimulai dengan baik kecuali setelah negara Islam
berdiri, iaitu ketika keperluan pada kajian seperti ini benar-benar telah
diperlukan.
• Kedua: Adalah pemikiran yang memandang bahawa masalah ini pada
dasarnya merupakan masalah pemikiran dan bahawa menyebarluaskan
pemikiran Islam akan menimbulkan revolusi pemikiran yang pada gilirannya
akan melahirkan revolusi Islam yang diharapkan.
• Para penganut fahaman ini memandang sinis masalah pembinaan dan aspek
akhlak rabbani dalam kehidupan penda'i bahkan menuduh para penganut
fahaman pembinaan bahawa mereka hanyalah sekadar para pemberi nasihat
kepada orang lain tentang akhlak dan tingkah-laku yang baik.
• Perjalanan waktu menjelaskan tentang kedua-dua fahaman yang muncul
dalam lapangan pergerakan.
• Pada saat kelompok kedua menyusut maka kelompok pertama berkembang
akan tetapi tidak memberi pengaruh Islam yang diharapkan.
• Imam Al-Maududi telah dapat memadukan antara dua aliran ini sejak masa
awal dan memandang pemikiran dan pendidikan sebagai pasangan serasi
yang tidak dapat dipisahkan dalam pembentukan individu Muslim menjadi da'i.
• Boleh jadi wawasan luas Al-Maududi mengenai pemikiran Islam dan falsafah
Barat serta kemampuannya dalam menganalisa terhadap berbagai masalah
pemikiran, telah memungkinkan baginya menduduki posisi ini dan berhak
mendapat kehormatan sebagai pemilik aliran pendidikan pemikiran.
• Benar, bahawa ramai di kalangan penulis Muslimin telah mengambii pemikiran
Al-Maududi, akan tetapi penulis yakin bahawa mereka itu mengambii aspek
keimanan, pembinaan dan aqidah, tetapi kurang memberi perhatian pada
aspek pemikiran dan bahkan barangkali justeru menentang Al-Maududi.
• Kajian tentang berbagai aspek pemikiran Al-Maududi akan membawa kita
kepada satu kesedaran akan ketinggian pemikirannya.
• Idea tentang Idarah Darul Islam yang ia dirikan pada tahun 1938 di Lahore
agar ia dapat hidup bersama orang-orang mukmin dalam satu model
kehidupan Islam adalah merupakan gagasan yang canggih.
• Sebab Islam baginya bukanlah satu teori yang ada dalam diri kita atau .suatu
teori yang diberikan untuk manusia melainkan kehidupan dan model yang kita
berikan untuk orang lain.
• Perhatikanlah realiti gerakan Islam di dunia. Realiti kepimpinan yang
menggugah massa dengan berbicara mengenai berbagai idealisme akan
tetapi tidak lama kemudian mereka melihat perselisihan dan perpecahan
menjadi beberapa kelompok atau parti peribadi di balik selubung: "Aku adalah
dakwah, dan dakwah adalah aku.“
• Ketika hal itu terjadi, massa mengalami keputusasaan dan tertanya-tanya: Jika
mereka tidak dapat menerapkan Islam pada diri mereka sendiri dan di antara
mereka sendiri, maka bagaimana mungkin dapat mengajak orang lain kepada
Islam, dan hagaimana mungkin membuktikan hakikat dakwahnya dalam
kehidupan nyata?
• Di antara tanda ketulusan yang paling utama dalam orientasi adalah
kemampuan menyertai perjalanan kader-kader yang memimpin amal islami.
• Apabila mampu hidup sesama mereka secara Islami, terhormat dan bersih,
maka pada gilirannya mampu meneruskan perjalanan.
• Tetapi jika sebaliknya yang terjadi sehingga mereka seolah-olah bersatu
padahal hati mereka bercerai-berai, maka hal ini sungguh sangat tercela dan
bukan sifat-sifat orang mukmin.
• Idea mengenai perbaikan pemikiran yang dianggap sebagai landasan bagi
langkah-langkah pembaharuan yang lain, adalah idea yang baik dan
mempunyai acuan dari sirah Nabi, dari pemahaman realiti hidup, dan dari
peraturan-peraturan organisasi.
• Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ketika mengawali dakwah secara
rahsia di Makkah, beliau mulai mengajak orang-orang yang ia percayai dari
kalangan orang-orang yang mempunyai wawasan dan fikiran matang.
• Pada saat itu seorang lelaki dari kabilah tertentu datang kepada beliau dan
ingin masuk Islam, lalu beliau bersabda kepadanya -padahal beliau sangat
memerlukan pembela dan pendukung: "Bergabunglah dengan kaummu (tidak
usah mengumumkan keislaman sekarang).
• Lalu apabila kamu mendengar seruan Islam dan kekuatannya tersebar, maka
datanglah (bergabung) kepada kami."
• Aktiviti gerakan menghajatkan pemikiran yang merumuskan kebijakan untuk
aksi nyata dan membawanya bukan kepada orang-orang awam yang tidak
mampu menggarap gagasan dan tidak mampu bertahan.
• Dari titik tolak ini, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berdoa kepada Allah
agar menolong Islam dengan seorang lelaki seperti Umar bin Al-Khaththab
atau Amr bin Hisyam. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengatakan
bahawa Islam akan berjaya ketika anggota jama'ahnya telah mencapai 5,000
orang umpamanya.
• Parti-parti yang berhaluan materialisme sekular mengamati hal demikan dan
mampu bertahan dengan anggota yang sedikit, sistem pengorganisasian yang
rapi, dan rencana yang matang untuk melaksanakan tugas-tugas berat yang
tidak dapat dilaksanakan oleh kelompok yang beranggota ramai, tetapi tanpa
organisasi yang rapi dan rencana yang matang.
• Bertolak dari sini, Al-Maududi dalam masa-masa hidupnya telah dapat
memecahkan berbagai permasalahan yang dihadapi dalam amal Islami pada
saat banyak aktiviti Islam di berbagai negeri tidak dapat menemui
pemecahannya.
• Bahkan Al-Maududi telah memberi pemecahan yang sesuai untuk masa
peralihan kepada pemerintahan Islam.
• Al-Maududi berbicara tentang kriteria individu yang ideal, hak-haknya,
kewajiban-kewajibannya, tentang pemilihan umum, tentang negara, tentang
undang-undang dan peraturan, syura, masalah wanita, dan puluhan masalah
pemikiran yang masih menjadi bahan pembicaraan orang hingga sekarang.
• Al-Maududi tidak banyak memberi perhatian kepada kuantiti dan "tumpukan
individu" seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh lain, bahkan ia tidak peduli
mendirikan Jama'ati Islami pada saat ia tidak mempunyai anggota selain
hanya beberapa orang sahaja.
• Begitu juga ia tidak banyak mempermasalahkan anggota Jama'atnya yang
hanya berjumlah 625 orang setelah 6 tahun melakukan kegiatan terusmenerus.
• Gerakan Islam di dunia dituntut mengikuti fiqh pemikiran pergerakan ini agar
tidak menaruh kepercayaan kepada konsep bahawa revolusi pemikiran dan
perubahan secara Islami yang diinginkan hanya dapat dilaksanakan dengan
kuantiti yang besar tanpa memperhatikan usaha-usaha untuk memberikan
kepada amal Islami hasil yang positif.
• Hal demikian dengan sendirinya tidak bererti tidak memperhatikan manusia
atau memberi perhatian dakwah Islam kepada mereka.
• Sebab ini adalah masalah lain yang tempatnya di masjid, media massa,
ceramah, demonstrasi, dan sarana-sarana dakwah lainnya.
• Kewajiban pemuda Muslim yang utama adalah mengambil jalan menuju
pembinaan institusi pemikiran yang dapat memberi jawapan yang benar
terhadap setiap tentangan umat, baik secara ilmiah mahupun.ekonomi, politik,
atau sosial.
• Pemikiran Al-Maududi jelas kuat dan menonjol. Keunggulan pemikiran adalah
masalah pokok dalam gerakan Islam.
• Boleh jadi setiap pergerakan Islam dapat mengambil sikap yang sesuai
dengan maslahat akan tetapi tidak dapat dipisahkan dari karaktor pemikiran
meskipun hanya dengan satu langkah.
• Ini tidak bererti kejumudan pemikiran melainkan teguh memegang prinsip
yang diyakini benar.
• Tidak diragukan bahawa pemikiran yang tidak konsisten dan tidak jelas dalam
prinsip-prinsip dasarnya merupakan kesalahan yang menyebabkan kehilangan
kepercayaan orang lain terhadap penda'i dan dakwah Islam.
• Al-Maududi mempunyai sikap yang tegas pada fahaman nasionalisme dan
setiap bentuk fanatisme jahiliyah. la mempertanyakan dalam masalah ini;
apakah nilai Muslim yang mengikuti fahaman nasionalisme? la tidak berbeza
dengan permata yang berubah menjadi potongan batu!
• Al-Maududi mempunyai sikap yang tegas terhadap peradaban Barat. la
mengkaji peradaban Barat dan falsafahnya, seperti layaknya seorang pakar
memberikan perbandingan antara peradaban Barat dan Islam.
• Begitu juga ia melakukan kritikan terhadap sistem sosial Barat, sistem
ekonomi, moral dan politik. Al-Maududi menegaskan bahawa peradaban ini
memiliki aspek-aspek positif yang patut diambil bukan kerana lahirnya di Barat
melainkan kerana ini merupakan hikmah yang hilang milik orang mukmin yang
patut diambil di manapun ditemui, ia adalah manusia paling berhak untuk itu.
• Imam Al-Maududi dalam sikapnya ini mengambil jalan tengah antara
menolak mentah-mentah dan antara menerima mentah-mentah segala yang
ada dalam peradaban ini.
• Umat Islam sibuk berdebat mengenai masalah kecil seumpama apakah
pembesar suara boleh dipakai dalam solat atau tidak boleh.
• Para ulama' pun mengeluarkan fatwa bahawa menggunakan alat ini hanya
dalam hal-hal yang tidak berkaitan dengan agama, tidak boleh digunakan
dalam solat.
• Dalam masalah seperti ini Al-Maududi mengata-kan dengan ungkapan
sederhana: "Tidak mungkin kita mengatakan bahawa menggunakan alat ini
haram menurut syari'at. Menggunakan alat ini menjadi haram jika dipakai
untuk mengeraskan suara kebatilan dan boleh dipakai untuk mengeraskan
suara kebenaran. "
• Kaum Muslimin di kebanyakan negeri masih terus sibuk berdebat dan
mengeluarkan fatwa tentang setiap penemuan baru yang beredar di dalam
masyarakat seperti radio, television, komputer dan Iain-lain.
• Sebahagian orang yang mengkaji pemikiran Al-Maududi menganggap
bahawa ia mengkafirkan orang yang tidak mangamalkan syahadah dengan
amal perbuatan dan bahawa orang Islam pada masa sekarang tidak
memahami makna istilah-istilah pokok yang ada dalam Al-Qur'an, seperti;
Allah, Rabb, ibadah dan agama Islam.
• Oleh kerana itu ada keharusan menterjemahkan syahadah dengan amal
perbuatan untuk memantapkan pemahamannya.
• Padahal anggapan seperti ini jauh sekali dari kenyataan pemikiran Imam Al-
Maududi bahkan ia sendiri menghindari sikap seperti ini.
• Manusia yang berani berbuat lancang terhadap kuasa Allah dan memberi
kuasa keampunan kepada suatu kaum dan menolak keampunan atau
mengkafirkan kaum yang lain, adalah orang bodoh yang tidak menghormati
dirinya sendiri, sebab ia menempatkan dirinya pada posisi yang salah.
• Seorang Muslim bagaimana pun adalah seorang da'i kepada Allah, bukan
seorang hakim yang menentukan orang masuk syurga atau neraka.
• Mengkafirkan ibarat pedang bermata dua, sebab mengkafirkan seseorang,
orang itu pun akan segera mengkafirkan orang yang mengkafirkan itu dan
terjadilah pertikaian antara sesama Muslim sendiri di mana masing-masing
menghalalkan darah dan kehormatan mereka.
• Yang demikian merupakan bencana besar dari Allah. Dalam hal ini Al-
Maududi mengemukakan:
• "Ada keharusan bagi kita supaya teliti dalam masalah mengkafirkan Muslim
dan kita harus mensikapi secara berhati-hati seperti halnya berhati-hati dalam
memberi fatwa tentang membunuh seseorang. Kita harus teliti bahawa dalam
hati setiap Muslim yang beriman kepada Allah dan RasulNya apabila muncul
dari dirinya, maka kita harus berbaik sangka dan menganggap ini hanyalah
kerana ketidaktahuan dan tidak dimaksudkan berubah dari iman kepada
kekufuran.
• Begitu pula tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa yang mengkafirkan hanya
dengan mendengar ucapannya yang dipandang mencerminkan kekufuran,
melainkan kita harus rnenjelaskan dan memahamkan dengan cara yang baik
tentang apa yang menjadi masalah mereka sehingga jelas mana yang benar
dan mana yang salah.“
• Dengan jiwa yang mulia ini, Al-Maududi menangani penyelewenganpenyelewengan
yang banyak terjadi pada diri orang-orang yang mempunyai
pengaruh di kalangan masyarakat Muslim.
• Imam Al-Maududi memandang bahawa sistem pendidikan Islam yang ada
sekarang yang mengarah kepada teori pendidikan Barat dan asing dari Islam
tidak mungkin dapat diambil secara mentah-mentah untuk membangkitkan
umat Islam sebab di sana terdapat perbezaan nilai-nilai dasar antara
keduanya.
• Dalam hal ini Al-Maududi mengemukakan:
• "Sistem pendidikan sekarang yang diguna untuk mendidik dan membina
kader-kader umat tidak dibuat untuk mencetak pemimpin umat ini.
• Melalui lembaga-lembaga pendidikan ini kita mem-pelajari falsafah,
pengetahuan umum, ekonomi, hukum dan politik, sejarah, dan ilmu lainnya
sesuai dengan keperluan semasa, sementara kita sengaja menjauhkan kajian
falsafah Islam, prinsip-prinsip hikmah dalam Islam, sejarah Islam dan
sosiologi, maka apa yang diharapkan dari ini semua?
• Dalam fikiran akan terlakar peta kehidupan yang tidak Islami; berfikir dengan
cara yang tidak Islami; memandang segala permasalahan hidup dengan
pandangan yang tidak Islami sebab sudut pandangan Islami tidak terlintas
sama sekali di depan mata, wawasan yang didapati tidak saling berkait
dengan hal-hal yang berhubungan dengan Islam.
• Pengetahuan-pengetahuan ini tidak akan memberi manfaat yang diharapkan,
melainkan sebaliknya akan menjauhkan fikiran dari Islam."
Mengaiitkan Yang Baru Dengan Yang Lama Dallam Pendiidiikan
• Sistem pendidikan moden mempunyai perbezaan yang halus yang tidak dapat
dipisahkan dari peradaban masa kini yang bertentangan dengan nilai-nilai
Islam.
• Para pemuda Muslim belajar falsafah untuk mencari jawaban atas masalahmasalah
alam bukan Tuhan; mereka mempelajari ilmu-ilmu yang memisahkan
iman dengan pemikiran sehingga menjadi hamba materi; mempelajari sejarah,
politik, ekonomi, dan hukum serta ilmu-ilmu lainnya dengan metodologi yang
sama sekali berbeda dengan teori Islam dan dasar- dasar peradabannya;
• mereka belajar dengan asas peradaban yang berbeza dari segi jiwa dan
tujuannya, serta metodologinya dari realiti peradaban Islam.
• Setelah ini semua, apakah dapat diharapkan para pemuda itu berperibadi dan
berperilaku Islami dan hidup secara Islami?
• Tidak adanya kaitan pendidikan ini dengan metode pendidikan lama yang
mengarah kepada Al-Qur'an dan Al-Hadith serta fiqh, tidak akan melahirkan
harapan dapat memberi hasil pendidikan yang diidamkan.
• Al-Maududi cuba memadukan antara pendidikan moden berupa ilmu-ilmu
moden yang memiliki segi-segi positif dengan ilmu-ilmu dasar yang
berdasarkan pada visi pendidikan Islam.
• Jika disana terdapat gagasan Islamisasi ilmu pengetahuan pada masa
terakhir, Al-Maududi telah sejak lama mengemukakan gagasan ini.
• Al-Maududi memperhatikan situasi dan lingkungan serta jumlah kaum
Muslimin di negeri yang ia jadikan tempat untuk menerapkan strateginya.
• Sementara itu ramai dikalangan tokoh melakukan kesalahan yang menjadikan
semua wilayah sebagai satu strategi sebab tidak mungkin tugas umat Islam di
satu negeri yang mana umat Islam adalah penduduk minoriti seperti halnya
tugas mereka di negeri yang majoriti penduduknya Muslim.
• Oleh kerana itu, pada saat Al-Maududi menuntut pe-nerapan syari'at Islam di
Pakistan dan mengubahnya menjadi sebuah negara Islam, ia melihat masalah
lain di India.
• Langkah-langkah Jama'ati Islami di India tidak seperti langkah-langkah yang
ditempuh di Pakistan sesuai dengan pertimbangan keadaan yang ada di
India. Maka Al-Maududi mengambil langkah-langkah yang di antaranya:
– Memikirkan pertikaian kelas yang bermuara
dari beraneka perbedaan yang ada.
– Memperbaiki masyarakat Islam sesuai dengan
dasar-dasar Islam dan menyebarkan ilmu-ilmu
agama di kalangan individu masyarakat.
– Melakukan pemilihan terhadap golongan
terpelajar yang mempunyai minat pada dakwah
dalam kegiatan-kegiatan pembaharuan untuk
meningkatkan sumber daya manusia agar
memungkinkan bagi mereka dapat menghadapi
fahaman-fahaman yang merosakkan Islam
seperti fahaman sekularisme, komunisme, dan
fahaman-fahaman lainnya.
– Usaha meningkatkan keahlian individu dalam
bidang tulis-menulis, berpidato dalam bahasa
India dan bahasa-bahasa dialek lainnya agar lebih mudah menyampaikan
dakwah Islam dengan bahasa yang berbeza-beza.
All--Maududii & Perubahan
• Perubahan menuju arah yang lebih baik merupakan suatu tujuan setiap orang
atau parti politik atau jama'ah Islam. Akan tetapi pengertian "lebih baik" boleh
jadi dipandang oleh pihak lain sebagai sesuatu yang merosakkan.
• Dari sini masing-masing memahami bahawa perubahan itu untuk menuju arah
yang lebih baik. Semua sepakat mengenai perlunya perubahan, tetapi mereka
berbeda dalam cara dan jalan menuju ke sana.
• Pada saat sebahagian orang memandang bahawa perubahan hanya dapat dilaksanakan
melalui pertikaian kelas masyarakat dan dengan kebencian serta
kedengkian di antara berbagai kalangan, atau melalui revolusi tentera, atau
melalui revolusi rakyat yang menggulung musuh-musuhnya dan melakukan
kekejaman terhadap mereka.
• Sebahagian yang lainnya memandang bahawa perubahan hanya dapat terjadi
melalui perbaikan secara perlahan-lahan dan pembinaan secara bertahap
dalam mempersiapkan generasi yang memegang prinsip yang pada gilirannya
kelak secara bertahap akan menduduki posisi-posisi penting di berbagai
barisan.
• Apabila ini disertai dengan revolusi pemikiran yang diharapkan maka
perubahan itu akan dapat dicapai dengan cara yang lebih baik dan risiko yang
lebih kecil. Barangkali kelompok ini memandang bahawa inilah cara yang ideal
untuk mengadakan perubahan dan dapat bertahan lama.
• Al-Maududi memandang bahawa perubahan dapat dilakukan melalui apa
yang telah ia lakukan. Sebab revolusi yang dilahirkan dari kekerasan senjata
biasanya tidak bertahan lama dan tidak menemui jalan yang dapat menjadi
pegangan dalam hati rakyat yang tidak mendukung revolusi itu.
• Sedangkan revolusi yang muncul dari perubahan pandangan dan cita rasa,
membawa prinsip-prinsip dan rukun-rukun yang tidak mudah goyah dan lebih
mendalam pengaruhnya dalam hati individu masyarakat serta cita rasa
mereka yang peka.
• Kemudian Al-Maududi menjelaskan bahawa keperibadian Islam berbeda
dengan keperibadian gerakan-gerakan revolusi yang ada pada abad moden
ini.
• Sebab gerakan-gerakan revolusi pada masa sekarang ini, pada mulanya
bersumber dari dendam yang mendalam dari kalangan orang-orang yang
mempercayai cara-cara kekerasan, kelicikan, pengkhianatan, dan pemerasan,
agar dapat menyingkirkan regim untuk digantikan dengan regim yang lain
tanpa memperhitungkan berapakah yang menjadi korban untuk mencapai
tujuan ini.
• Berbeza dengan Islam, ketika sampai pada tahap kejayaan, iaitu
pemerintahan, ia mengikuti politik yang bersifat halus, tenang dan bertahap
tanpa kekerasan serta menghindarkan kehidupan manusia sedapat mungkin
dari perubahan mendadak dan drastik.
• Pengalaman perubahan moden, dalam skala nasional, revolusi berhaluan kiri
mahupun kanan tidak berlebihan jika dikatakan - oleh salah satu pelaku
revolusi Perancis - bahawa revolusi ini memakan korban putera-puterinya
sendiri.
• Jika dibandingkan dengan perintah rabbani kepada kaum Muslimin Makkah
agar mereka menahan diri supaya tidak membalas dendam agar tidak
menimbulkan dalam rumahtangga penduduk Makkah; pembantaian, balas
dendam dan kebencian antara sesama keluarga dan kabilah .
• Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam di Madinah ketika beliau tidak mahu
membunuh tokoh munafiq kenamaan agar tidak dikatakan bahawa beliau
membunuh pengikutnya, maka dari sini lalu dapat difahami sejauh manakah
dalamnya visi Al-Maududi mengenai hal ini.
All--Maududii Sang Pemiimpiin
• Setiap sikap yang ditunjukkan oleh Al-Maududi baik dalam kegiatan secara
praktikal mahupun pemikirannya merupakan satu contoh dan bahan nasihat.
• Sikapnya terhadap masalah kepimpinan merupakan contoh ideal dari
kepimpinannya. Dia memandang bahawa pemimpin mempunyai peranan
penting dalam kemajuan dakwah dan kejayaannya.
• Pemimpin umat ibarat juru mesin kereta api atau pemandu kenderaan yang
sentiasa mengenali mesin penggeraknya serta memelihara situasi dan
peralatannya agar sampai ke tempat yang ditujui. Al-Maududi mempunyai
sikap zuhud (tidak bercita-cita) terhadap kepimpinan.
• la cukup puas dengan tugas sebagai seorang penda'i dan tidak berminat
untuk menjadi pemimpin, sebagaimana yang dapat difahami dari katakatanya:
• "Tujuanku menjadikan satu jama'ah dan mewujudkan tujuan ini dengan
pertolongan Allah.
• Aku hanyalah seorang da'i dan sasaran akhirnya adalah terbentuknya jama'ah
ini. Setelah terbentuk aku memandang diriku sekarang sebagai salah satu
anggotanya dan kegiatan jama'ah sekarang berupa pemilihan orang yang ahli
untuk memduduki jawatan kepimpinan untuk menjadi pimpinan jama'ah ini.
• Kewajiban di masa mendatang membuat program-program lengkap untuk
menjalankan dan mendorong pergerakan serta melaksanakan programprogram
ini dalam bentuk 'amaliyyah.
• Saya tidak ingin timbul salah faham dari seseorang dengan memandang
bahawa ketika aku mengajak dalam dakwah ini aku menginginkan menjadi
pemimpin dalam pergerakan ini.
• Aku tidak ingin ada kesalahfahaman seperti ini kerana aku tidak ingin menjadi
pemimpin. Aku juga tidak bersetuju dengan teori yang mengatakan bahawa
seorang penda'i pada akhirnya harus menjadi pemimpin.
• Bukan hanya itu, bahkan dia mengajukan pengunduran diri dari waktu ke
waktu dengan harapan sahabat-sahabatnya akan dapat menerima
pengunduran dirinya dari tugas ini dan mencari pimpinan baru."
• Apakah sikap Al-Maududi dapat dibandingkan dengan sikap para pemimpin
lain yang tetap ingin menjadi pemimpin meskipun keberadaannya
menimbulkan perpecahan dalam anggota jama'ah?
• Pada awal bulan November 1972, Imam Al-Maududi mengajukan
permohonan untuk mengundurkan diri kepada para anggota Jama'ati Islami
dari jawatannya sebagai Amir.
• Dan pada 22hb. September 1979, Abul A'la Al-Maududi meninggal dunia
setelah meninggalkan jasa-jasanya yang begitu besar sekali dalam sejarah
pergerakan Islam di seluruh dunia.

Tidak ada komentar: